Tuesday, August 24, 2021

kenapa ahli konspirasi tidak yakin pada vaksin

Dalam tentera melanggar perintah tetap boleh dikenakan tindakan displin termasuk dipecat. Netizen hanya pakar it dan pakar ekonomi, law ketenteraan bukan dalam bidang tugas netizen. Bergosip cabang tugas netizen.

Dipercat kerana tidak mengambil vaksin, adilkah?.

1. Seseorang masih boleh dijangkiti dan menyebarkan kepada orang lain walaupun peratusannya rendah. Ini kenyataan WHO dan KKM, Jika kenyataan ini diambil kira, alasan pemecatan Wan Ramly Wan Seman boleh dipertikaikan.

2. Kerajaan tidak mewajibkan semua warganegara mengambil vaksin (covid19), ia tidak melanggar perlembagaan negara iaitu menjamin hak kebebasan bersuara atau hak asasi.

3. Tiada undang-undang (akta) yang boleh disabitkan seseorang boleh dikenakan denda atau penjara yang digubal oleh parlimen. Sebarang undang-undang atau pekeliling dari syarikat adalah satu pencabulan perlembaggan dan akta sekerja.

3. Pengambilan vaksin covid adalah pilihan sendiri dan bertanggungjawab ke atas apa jua akibat daripada keputusan yang diambil (cucuk vaksn).
4.    Vaksin hanya teruji berjaya untuk mengurangkan impak tetapi dapatan kajian keberkesanan vaksin menurun bagi 6 bulan selepas dos kedua. Pakar memberi gambaran suntikan ketiga sebagai booster.

5. Banyak berita menyatakan vaksin tidak berkesan kepada covid yang bermutasi (voc).

6. Vaksin adalah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain yang bermaksud seseorang itu bertanggungjawab dengan nyawanya sendiri. Tiada kaitan dengan kehidupan orang lain.

7. Kerajaan tidak bertanggjawab dengan sebarang apa jua yang berlaku kepada penerima vaksin. Kerajaan tidak ada sebab untuk memaksa sesuatu diluar pengetahuannya untuk memaksa seseorang menerima vaksin. [ walaupun sebelum ini kerajaan ada mengeluarkan kenyataan untuk memberi pampasan namun setakat ini belum ada seorang penerima].

8. Herd imunity adalah target pemerintah (kerajaan) maka adalah pilihan seseorang untuk menyumbang atau tidak dalam mencapai sasaran tersebut.

9. Kecelaruan dan percanggahan maklumat dari segi nilai berita boleh mengelirukan rakyat. Kerajaan tidak menangani dengan baik mengakibatkan kemelesetan kepercayaan kepada segolongan rakyat.

10. Tidak banyak forum atau ruang untuk soal balas dari rakyat kepada kerajaan. Penapisan soalan dari warga telah mengakibatkan defisit keyakinan.

Ia antara sebahagian keyakinan ahli konspirasi. Keyakinan boleh dipupuk jika pemerintah menangkis tomahan dengan fakta yang tidak berubah.

Keyakinan, kepercayaan dan menjaga nyawa sendiri adalah tanggungjawab diri. Mengambil contoh, kerajaan membina jalan raya dengan baik, undang-undang jalan raya dilaksanakan dan jika berlaku kemalangan adalah tanggungjawab sendiri. Kerajaan tidak boleh memaksa untuk rakyat memandu kenderaan jika dia yakin dengan keadaan jalan raya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment