Penyamun tongong, memang sesuai sangat untuk dia.
Orang meniaga membuat fake account sebab nak lari income tax. Ada orang simpan duit berjuta dalam rumah takut kantoi dia ambil rasuah. Perasuah ada kereta banyak tapi nama orang lain. Tapi si tongong ini ambil duit boleh pula guna nama dia. Memang tongong.!.
Kenapa tongong?.
Duit kotor biasanya akan dicuci. Contoh, buka kedai kek. Tapi kalau level vvip mereka akan simpan duit di bank pesisir atau swiss bank. Tapi tongong ini buka account Ambank. Mereka yang biasa menggelapkan duit pasti terbahak-bahak.
Rupanya tongong ini telah mendapat nasihat dari bekas gabenor negara. Dia tidak sedar nasihat itu adalah satu perangkap. Macam kancil masuk jerat, sekarang keliling kota mahu melepaskan diri.
Pencuri $100 dengan $100,000 mereka tetap dipanggil pencuri. Tapi berbeza dengan nota sokongan. Jika rekemen itu dari manager ianya dipanggil conflict interest, tapi bila menteri membuat coretan ianya cadangan yang bertaraf "wahyu".
Kalau bukan ramai pencuri dan perasuah negara kita sudah lama maju. Tapi berapa kerat yang masuk ke dalam? Ambil sahaja kes anak vip yang tanam ganja dalam kondo. Kalau pelaku anak penoreh tali gantung sudah pasti tapi kena anak vip tukar pada bayar denda.
Di mata masyarakat anak penoreh dianggap perosak bangsa tapi anak vip kekal suci.
Tongong dan pro mereka sama-sama perosak, yg membezakan mereka berdua hanya seorang pro dan tongong. Jadi tak payah berlagak suci.
Politik 2x5. Sebab itu mereka akan menjadi katak untuk mencari makan. Di kala mereka saling bertukar projek berjuta, gaji puluh ribu semakin ramai menjadi penghantar makanan. Sampai bila kita harus sujud pada politician yang memperbodohkan rakyat.
Biarlah pencuri tongong dengan labu-labunya. Jangan selamanya kita menjadi pentaksub politik sehingga menjadi rakyat tongong.
No comments:
Post a Comment