Sunday, November 13, 2022

22 bulan ternyata PH gagal

PH tekad mansuhkan tol, buktinya tol plus dapat dikurangkan sebanyak 18%.

Kalau penurunan kadar tol tempoh hari tanpa melanjutkan konsesi sehingga 2058, memang wajar PH mendapat kredit. Kenapa tidak buat tol turun 50% tapi konsesi sambung sampai abang jamil mampos.

Seburuk-buruk Najib banyak juga tol dihapuskan. Kalau bab manipulasi memang kepakaran mereka.
Isk, calon ini sering mendapat liputan akhbar mainstream, Mat Sabu pun tidak mendapat liputan seperti dia. Tahu la, asetnya pun cecah $63 juta.

Menangani kos sara hidup biasanya diumumkan oleh kerajaan atau parti, bukan ahli parlimen. Kalau ada magic, cuba bentangkan macam mana caranya?.


PH tidak gagal kerana telur masih ada dan harga barang tidak naik, MB Negeri Sembilan. 

PH meletakan harga syiling $2.05 ini bagus sebab sampai sekarang kerajaan sediada tidak berani mengusik. Tapi kalau bukan kerana kegagalan Saifuddin mengapungkan minyak (Program PSP), mungkin juga harga minyak diapungkan setiap minggu seperti era Najib.

Kedua, keadaan ekonomi dunia 2018-2020 adalah dalam keadaan baik hanya Malaysia ekonominya merundum jatuh. Ketika itu keruntuhan prestasi Malaysia diambil oleh Indonesia dan mereka mendapat banyak pelaburan yang sepatutnya mereka melabur dalam negara.

Sewaktu PH mengambil alih, mata bursa mencecah 1800 dan ia jatuh sehingga 1400 mata. Setiap bulan berbillion pelabur mengeluarkan pelaburan dan membuat pelaburan di Indonesia.

Ketiga- Berbalik dengan kenaikan harga barang (inflasi,  kadar inflasi Malaysia sekitar 4% berbanding dengan negara lain termasuk amerika yang hampir mencecah 10%.

Kalau bukan duit petronas dan jual aset kemungkinan hutang negara akan meningkat kerana pelaburan tidak masuk. Menyalahkan Muhyiddin dan kerajaan sekarang kerana hutang meningkat ia juga tidak adil kerana ekonomi perlu diransang melalui pakej-pakej ransangan yang bernilai puluhan bilion.

Suka atau tidak, PH melalui kepimpinan Mahathir gagal mentadbir selama 22 bulan. Adalah lebih apa yang dikatakan oleh bakal perdana menteri, Anwar Ibrahim. Ketika itu (22 bulan) perdana menteri Mahathir, bukan Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment