Friday, November 11, 2022

Patutlah semua nak jadi ahli parlimen, senang jadi jutawan

22 bulan menjadi menteri, Syed Saddiq berjaya mengumpul harta $1.9 juta. Apa agaknya reaksi kalau Zahid Hamidi isytihar harta RM50 juta atau RM100 juta?

Setakat ini reaksi penyokong PH, orang isytihar harta dikecam yang tidak isytihar tidak ditanya.?

$1.9 juta kecil berbanding dengan $100 juta?.

Berpuluh tahun Anwar menjadi ahli parlimen dan pernah menjadi timbalan perdana menteri asetnya hanya $11 juta. Ternyata Anwar bukan pakar kewangan, dia perlu belajar dengan Syed Saddiq bagaimana dengan masa yang singkat dia berjaya mengumpul duit sebanyak itu.?

Benar kata Anwar Ibrahim, parti ini parti derita. Yang derita pendokong parti, pemimpin tidur atas duit. 

Jika ada yg membandingkan peminpin PH dengan umno, memang orang itu sewel.

Realiti.

Realitinya sekarang RM2 juta itu tidak besar kerana kebanyakan pegawai utama kerajaan asetnya jauh melebihi angka itu. 

Kalau gaji CEO GLC beratus ribu sebulan, jadi siapa yang miskin.

Si miskin ini biasanya menjadi pencacai politik, cakap berdegar-degar tapi tidak sedar kena temberang. Cerita pada rakyat mereka berjimat, telus, akauntabiliti tapi realitinya beli mercedes baru. 

No comments:

Post a Comment