Friday, January 20, 2023

Dilema M40

Masih teraba hala tuju negara. Anwar seperti berpuisi dalam pentadbiran. Penjimatan, ketirisan, hutang, madani dan what next mungkin Anwar akan membaca puisi shakespeare.

Kepala M40 terutama pekerja swasta bertambah berdengung dengan kejayaan kutipan LHDN dan hari ini kerajaan memutuskan bonus penjawat awam dikecualikan cukai. 

Walaupun menyedari kenaikan harga barang kerajaan tidak menyemak mata cukai, tiada perubahan garis golongan antara yang miskin dan kaya,  jadinya M40 kekal golongan rakyat yang teraniaya.

M40 anak berasrama makanan RM750, 2 orang anak perlu membayar RM1,500, kalau tidak membuat simpanan resit lhdn akan dikenakan denda dan denda akan dikalikan berapa tahun. M40 akan lebih miskin dari B40 bilamana tiada program perumahan bagi golongan ini.

RM4,850 digariskan sebagai M40 bayangkan kalau jumlah pendapatan keluarga hanya RM5,500 dan tinggal di bandar?. 

Setiap bulan M40 perlu mengeluarkan RM300 bagi yuran prasekolah, kos untuk berkerja sekurang-kurangnya Rm350 jika menaiki motosikal, menjadi M40 kerana suami isteri bekerja pasti kos sampingan akan bertambah. 

Secara asasnya kereta M40 Myvi, B40 juga kereta yang sama. M40 kalau ada duit lebih bolehlah membeli MPV second hand tapi kerana kereta terpakai terpaksa mengeluarkan duit poket maintainance sedangkan nilai cukai masih sama seperti T20.

Stress menjadi M40, hidup susah mati pun susah. Dalam kempen sedap kita dengar, tapi bila menjadi kerajaan polisinya sama sahaja, kalau ayam mahal jangan makan ayam.

Yang tidak bersetuju mereka yang T20 katanya mereka juga membayar cukai, jadinya mereka juga wajar menikmati bantuan kerajaan. Mereka ini lupa kaya akan terus kaya. Golongan kedua ialah B40 kerana mereka benar-benar susah jadinya mereka tidak memahami peritnya menjadi golongan tertindas. Pada mereka yang berpura-pura menjadi B40 mereka akan senyum simpul, monthly RM6,000 dari kebun sawit atau sewa rumah, dan bila musim BRIM dapat duit jajan.

Apalah malang M40....

No comments:

Post a Comment