Friday, June 2, 2023

Mimpi itu percuma

Noh Omar mungkin ada kajiannya mengatakan PN boleh merampas Selangor jika PN mengikut formula MN. Strong goverment boleh dibentuk oleh MN tapi jajaran ini belum tentu boleh merampas Selangor. 

Jika MN masih kelabu untuk merampas Dun Selangor jadi 70% aku boleh katakan PN tidak boleh menumbangkan PH kerana kekuatan PN hanya 2/3 dari kekuatan MN. 

Tidak wajar jika kemenangan PN di Tanjong Karang jadi ukuran kerana pru15 adalah undi 3 penjuru.

Analisa ini hanya 5 minit, jadi ianya hanya merupakaan tekaaan dengan mengandaikan prn 2 penjuru.

P95 Tanjong Karang ada 2 dun iaitu Dun Permatang dan Sungai Burong. 

Pertama tekaan aku Permatang akan diwakili oleh Pkr sementara Sungai Burong oleh Umno.

Tekaan kedua Pkr boleh mengekalkan kerusi Dun Permatang tapi Dun Sungai Burong PN ada potensi untuk menang dengan majoriti yang kecil. Tapi aku rasa umno boleh mengekalkan kerusi ini.

Umno akan hilang pengundi tetapi ia tidaklah sehingga parti ini hilang deposit. Memang benar banyak kritikan dari rakyat tapi mereka ini adalah pengundi PN. Jadi kalau pemimpin umno lebih cermat dalam membuat ucapan parti akan stabil.

Jika di kerusi melayu PN masih struggle dimana PN boleh mendapat kerusi untuk membentuk kerajaan di Selangor.?

Mimpi itu percuma jadi tidak mengapalah kalau PN bermimpi.

No comments:

Post a Comment