Sunday, October 22, 2023

Hidup semakin keras

Kalau negara arab kaya dengan minyak, apa bezanya negara Malaysia. Tanah Malaya umpama tanah syurga. Kaya dengan pelbagai sumber galian dan tanaman. 

Kenapa kita kekal miskin? Ringgit $4.78 berbanding dollar?

Rasuah menteri? 

Mentaliti hiprokrit seperti ini antara punca mengapa negara kita miskin.

Mengapa aku tekankan mentaliti rakyat?.

Sebab menteri dipilih oleh rakyat. Jika kita hiprokrit jawapan kita akan false atau gagal. Kita tidak memahami asabiyyah secara total. Kalau orang atau parti maka kita diamkan sahaja.

Membaca meningkatkan pengetahuan tapi malangnya berapa kerat yang suka membaca. Orang suka menonton content yang hanya menjurus kepada agenda creator. Error ini yang membentuk false dalam keberhasilan.

Contoh dalam isu padi. Menteri mesti bertanggungjawab kerana tugas menteri menjaga keterjaminan makanan. Tapi dalam penghasilan padi, pegawai dalam agensi berkaitan juga perlu ditarik dalam kandang pesalah.

Dalam hal ini rakyat hanya menuding menteri terbabit tanpa menyalahkan pegawai jusa atau PTD. Kerana apa, mileage politik mendepani kepentingan negara. Then apa akan terus berlaku, pesawah tidak boleh meningkatkan pengeluaran kerana force itu hanya terhad kepada politik bukannya termasuk dalam pentadbiran.

Sabda Nabi ﷺ barang naik kerana orang lari dari majlis ilmu, bahasa mudah ketika itu orang jahil. Kita lihat lagi hadis, ilmu berkembang. Orang seperti aku merasakan dirinya pakar kerana melihat content media, then apa yg terjadi?. Aku merasakan diri aku pakar kerana 'tahu', walhal sebenarnya banyak lagi yang aku tidak tahu kerana aku bukan dalam bidangnya. Worse dalam senario ini bilamana orang mcm aku antara pembuat keputusan atau third force. Maka false akan dalam keberhasilan.

Untuk lebih mudah apa yang aku tulis aku buat anaologi beberapa tahun dulu rakyat mahu uspsr dimansuhkan, sekarang kita lihat keputusan itu sebenarnya tidak tepat.

Kedua, dulu kita mendesak untuk mansuhkan gst dan program rasionalisasi subsidi. Hari ini kerajaan tertekan kerana kutipan cukai tidak begitu memberangsangkan. Bertambah buruk bilamana belanja subsidi semakin meningkat akibat perang dan kejatuhan ringgit. Of the end ringgit makin melemah dan barang import semakin naik.

Selagi kita (rakyat) fikir politik mendepani kepentingan negara, hanya politicians dan kapitalis yang dapat maanfaat. Petani, penternak dan orang bawahan akan berterusan dibebani dengan "hidup semakin keras".

1 comment:

  1. Dunia sekarang mesti bersedia kehidupan keras.

    Tapi kalau pilih kaki sakau jadi pemerintah, pasti cepat mati keras.

    ReplyDelete