Thursday, October 31, 2013

GST - keadilan u turn, Pas dimalukan

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sistem yang efisien namun memerlukan syarat.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

"Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat.

"...di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

"Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli," katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

Tambahnya Anwar, "secara prinsipnya GST itu efisien.

"Menteri Kewangan sebelum saya kata akan melaksanakan GST, bila saya ambil alih, saya setuju GST akan dilaksanakan dan perbendaharaan akan kaji.

"Tapi pada tahun 1998 kita tak laksanakannya. Ada sebabnya juga kerana pada tahun 1993 kita catat lebihan kecil (pendapatan negara)," ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR akan menentang GST habis-habisan selagi pendapatan dan cukai pendapatan tidak dibaiki sekaligus menganggapnya sebagai jenayah.
Semalam beriya membantah, hari ini bertukar nada, mengakui gst percukaian yang terbaik. Agak-agak apa kata macai pr.? nak jilat ludah balik.?

Bukan Hadi seorang sahaja yang menolak gst. Berduyun-duyun pemimpin sepakat menolak gst dengan pelbagai helah tanpa hujah. Tidak seorang pun dari mereka membahaskan isu ini dari sudut ekonomi biarpun isu ini adalah ekonomi.

Sekali lagi, Hadi diperbodohkan oleh keadilan. Apapun, semua orang Islam percaya, cukai yang disarankan oleh Islam adalah kaedah yang terbaik.
Mengapa kita harus menolak gst jika cukai yang bakal dilaksanakan lebih rendah.? Sekarang ini harga barang kita beli sudah dikenakan cukai.

Semasa dalam pembentangan bajet, Najib menyatakan, beberapa barang keperluan dan makanan dikecualikan gst. Jika perlu, skop pengecualian perlu diperluaskan.

Walau aku menulis seperti menyokong gst, aku seperti orang lain juga. Tidak menyokong gst atau apa jua dasar yang menaikkan kos sara hidup. Membebankan rakyat yang sudah terbeban.

Mengenai pendapatan rakyat perlu ditingkatkan, seperti sebelum ini aku katakan, rasionalisasi subsidi perlu disusuli dengan rasionalisasi gaji. Kerajaan sudah mengeluarkan pekeliling, mulai bulan depan pelarasan gred dan gaji akan dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment