Sunday, May 15, 2022
Menang di mata masing masing
Tuesday, April 26, 2022
Wajarkah PH diberi peluang kedua?
Tagline PH pada pru 14 selamatkan Malaysia memakmurkan negara. Pru14 dan pru15 niat mereka sama, menjatuhkan umno. Biasanya apa yg dibuat ialah niat, bukan tagline atau akujanji.
Sunday, March 27, 2022
Siapa rakan subahat Jho Low?
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau mungkin salah ketika beranggapan Datuk Seri Najib Razak hendak meneruskan penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Polis Singapura pernah membuat makluman kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti Akhtar Aziz, ketika dia masih menjadi gabenor bank tersebut.Zeti tidak mengambil tindakan atas laporan polis Singapura kerana konflik kepentigan peribadi.
Laporan The Edge menyatakan dokumen dan komunikasi daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) pada 2015 dan 2016 ada mengongsikan maklumat transaksi melibatkan Iron Rhapsody Ltd kepada BNM.
Friday, March 25, 2022
Ilmu semakin sedikit tapi berkembang
Politik satu bidang kerjaya sama seperti bidang kerjaya yang lain. Politician ini boleh disamakan dengan artis. Mereka perlukan gosip untuk popular atau kekal dalam industri.
Thursday, March 24, 2022
Pembangkang bukan ada otak sangat
Modus operandi pembangkang (PKR) ialah menyerang dan terus menyerang walaupun dalam isu sekecil Najib tidak membayar saman langgar sop. Serangan yang bertali arus tidak membenarkan rakyat berfikir dan akhirnya akan membentuk naratif negtif pada umno.
Politik seperti ini merugikan rakyat. Penumpuan mereka hanya untuk memerintah dan berkuasa. Jika Ketika PH menjadi kerajaan mereka kelentong dan akhirnya mereka kantoi.
Kenaapa.
Pelabur memerlukan fakta, kredibiliti dasar dan kestabilan politik, bukannya auta dari kerajaan. Pembangkang boleh kata apa sahaja kerana mereka tidak ada tanggungjawab dan kata-katanya tidak menjadi dasar.
Mengambil satu contoh.
PH beranggapan mereka menolak usul sosma adalah bukan dalam obligasi yang dipersetujui dalam CSA. Pelanggaran dalam MOU kerajaan mereka ambil mudah, mereka boleh berbahas tetapi pelabur melihat politik Malaysia berekecamuk.
Trowback, sebelum memerintah (2018) mereka mahu menghapuskan sosma tetapi apabila berkuasa Muhyiddin selaku menteri dalam negeri mereka tidak mahu menghapuskan. Semalam (RABU) mereka menolak usul lanjutan sosma. Hari ini dalam parlimen Anthony cuba menyakinkan parlimen PM tidak jatuh kerana sosma belum ditolak.
Memang benar kerajaan tidak jatuh kerana ianya bukan sifat usul pembekalan. Ianya pernah terjadi di parlimen British semasa British mahu keluar dari EU. Tetapi kredibiliti PM dan sokongan kepada PM diragui, sekalipun ada usul undi percaya kepada PM ianya terlalu fragile. Dan akhirnya Theresa May meletak jawatan.
Pelabur tidak mahu game politik dalam kerajaan. Mungkin PH terlajak dengan undi belah bagi sepatutnya mereka ada kredibiliti sebagai pembangkang. Bukan sekejap setuju sekejap menentang, tidak konsisten dalam keputusan.
Bagaimana kalau dia menjadi menteri, troll (sindir) pun tidak faham. Tapi kerana pengikut mereka tidak mahu gunakan akal maka ketua pengawas yang bertali leher ada potensi menjadi timbalan menteri.Monday, March 21, 2022
Rafizi ComeBack
Dalam temubual comeback Rafizi penekanan utama sebenarnya ialah naratif dan beban kepada Anwar selaku presiden. Apa yang dikatakan oleh Rafizi benar belaka dimana tidak ada seorang pun membantu Anwar dalam menguruskan parti.
Kelopongan ini kerana kekosongan kerusi timbalan presiden dan hanya Tian Chua selaku naib presiden menjalankan tugas. Sekarang ini Tian Chua tidak mendapat tempat dalam PKR kerana Tian Chua dari kem Azmin Ali dan Zuraida. Jadinya umpama permainan bola sepak, bola dari defender terus dihantar ke striker kerana tidak ada midfielder.
Naib Presiden : Nurul Izzah (berehat) sementara Zuraida dan Xavier (Bersatu).
Clip ini sesuai sebagai intipati ucapan Rafizi.
Jika sebelum pru14 Rafizi mengaku jika mahu menjatuhkan BN serangan harus ditumpukan kepada Rosmah. Pencapaian Najib terlalu sukar untuk disanggah.Sunday, March 20, 2022
Wakil Sabah membawa isu air dan elektrik.
Ucapan wakil Sabah di persidangan umno baru-baru ini mengeluh negeri sangat memerlukan kemudahan air dan elektrik.
Tiada negeri dari malaya membahaskan kemudahan asas ini. Adakah benar Malaya merompak kekayaan Borneo seperti yang ditanggapi oleh orang Sabah dan Sarawak?.
Memajukan negeri adalah tanggungjawab kerajaan negeri, kerajaan persekekutuan hanya membantu dari segi keperluan, kemudahan yang memerlukan kos yang besar atau perlaksanaan projek mega sebagai pemangkin. Contoh projek koridor, pelabuhan, penapisan (PENGERANG).
Contoh:
Flyover atau jajaran jalan seperti Pan Borneo biasanya federal akan memberikan peruntukan melalui bajet, biasanya mengikut RMK. Pembinaan sekolah dan dll tidak terkecuali, sebarang kelulusan diluar bajet dibolehkan dan kerajaan akan memohon peruntukan tambahan.
Kenapa contoh bukan kemudahan air?
Sebelum wujudnya SPAN air diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri dan strukturnya bergantung dengan perbincangan diantara kerajaan negeri dengan SPAN. Ada dua pilihan yang diberikan oleh SPAN.
- Kerajaan negeri meminjam (dana) dari federal
- Federal membeli aset kerajaan negeri dan sewa semula (pajakan 45 tahun)
Sebab itu ada negeri hutangnya bertambah dan berkurang walaupun ia sebenarnya bukan kira hutang rasmi. Hutang Penang berkurang bukan kerana Guan Eng cekap tetapi hutang ditukar dengan aset air.
Sabah dan Sarawak tidak terlibat dengan penstrukturan SPAN.
Dari kenyataan Bung Mokhtar (menteri insfrastruktur) Sabah memerlukan RM12 billion bagi membekalkan air di negeri itu. Nilai itu bukan sedikit bagi sebuah kerajaan negeri.
Jika Sabah mahukan dana boleh memohon pimjaman atau memajak asetnya kepada federal. Tapi harus diingat, orang Sabah bukan seperti orang malaya yang terpaksa patuh dengan undang-undang.
SESB (Elektrik Sabah) bertahun-tahun mengalami kerugian dan akhirnya syarikat ini terpaksa diambil alih oleh TNB. Penyumbang utama kerugian ialah aktiviti mencuri elekrtrik yang dipelopori oleh warga asing.
Satu hari nanti jika SESB dipulihkan orang Sabah akan melabel TNB merompak ekonomi.
Jika SESB gagal kemungkinan kerajaan negeri menanggung hutang (beban) tetap ada. Semuanya terpulang kepada kerajaan negeri untuk membuat pilihan.
Susah negara ini melangkah kerana keamaan negara ini terlalu fragile. Banyak isu kepentingan peribadi (politik) mendepani diri berbanding rakyat.
Saturday, March 19, 2022
Tiada keperluan Akta Anti Lompat Parti
- Keluar parti tidak memasuki parti lain, MP bebas dengan sendirinya berhak untuk menyokong atau tidak.
- Semua MP berhak membuat keputusan walau tidak mengikut parti. Adakah dengan pemecatan dikira keluar parti dan terikat dengan akta anti lompat?
- Jika keluar parti atau MP tidak menyokong parti adakah dengan sendirinya MP gugur? Adakah ia selari dengan perlembagaan?
- Adakah dengan mengikut parti (Yes Bos) amalan demokrasi sedangkan parlimen adalah lambang demokrasi.
Majikan Malaysia memang kedekut
Benar atau tidak majikan di Malaysia kedekut?.
Jangan guna bahasa akademik, sembang mamak lebih mudah untuk kita faham.
Paling latest sebelum pandemik laporan BNM 2019 menyatakan kadar upah berbanding pengeluaran tidak selari. Maksudnya tokey kaya tapi pekerja papa.
Kita kupas laporan itu sedikit kerana terdapat 2 point.
- Gaji tidak sepadan dengan keuntungan
- Peluang kerja berkadar bergaji rendah lebih tinggi