Sunday, December 3, 2023

Sanusi better than Samsuri

Sebelum ini ramai orang menimbulkan persoalan siapa PM dari Pas. Bilamana Ahmad Samsuri diletakan sebagai calon dalam prk Kemaman ianya dilabelkan sebagai langkah Pas untuk mencalonkan bakal PM.

Sebelum ini aku katakan dimana politik melayu (kuasa melayu).

Kekuasaan politik melayu hampir hilang selepas PH menang pada pru14. Ianya boleh diamati dengan dasar kerajaan PH ketika itu. Then pru15 parti orang melayu (PN) pula menjadi pembangkang. 

PN membentuk kerajaan.

Mampukah PN membentuk kerajaan?. Ini persoalan paling utama.

Teori mudah untuk membentuk kerajaan GPS perlu ada dalam gabungan. Jika parti dari Sabah turut memberi sokongan kemungkinan kerajaan dibentuk dengan sokongan 2/3.

Jika Sabah dan Sarawak masih mode tunggu dan lihat, BN perlu kalah dalam semua kerusi yg ditandingi. Untuk setakat hari ini GPS biasanya akan menyokong parti yg membentuk kerajaan.

Pas lebih kuat berbanding Bersatu, lalu bagaimana parti ini mahu mengukuhkan parti dalam pru16. Azmin boleh menggantikan Muhyiddin atau geng Hishamuddin akan melompat pada Bersatu.

Fikirkan kalaulah PN boleh meningkatkan kerusi menjadi 74 kepada 95 kerusi bolehkah PN membentuk kerajaan sedangkan 112 adalah angka simple majority.

Calon PM.

Aku ada juga melihat susuk MB Terengganu kerana karektornya, so aku simpan apa yg dia boleh buat di Terengganu. Tahun lepasa aku ada kerja di sana. Walaupun aku tidak meronda namun aku simpulkan secara fizikal ianya so so.

Then bila aku semak apa rasa. Sememangnya prestasi Sanusi jauh lebih baik dari Ahmad Samsuri. Untuk rekod kndk 2022 Terengganu hanyalah 5.9% berbanding Kedah 7.2%. Angka 5.9% tinggi tapi Terengganu adalah 5 terendah bagi semua negeri.

Adakah Sanusi tidak boleh menjadi PM kerana karektor orang kampung?

Bagi aku untuk menjadi perdana menteri otak ekonominya seperti Sanusi. Kj pernah buat melalui budak tingkat 4 namun ia gagal. Kj ada vision, ada move, ada karektor tapi ia tersekat kerana sistem ekonomi yg dibentuk tersumbat.

Bagi aku pencapaian Sanusi lebih mendepani Ahmad Samsuri. Sekali lagi jangan tertipu dengan penampilan.

1 comment:

  1. Sanusi atau Samsuri.

    Dua2 tak berguna kerana dibelakangnya ustaz dan ahli agama yang berfikiran jumud dan fanatik kaum agama.

    ReplyDelete