Friday, December 8, 2023

Banyak cakap, mengeluh, complain ciri orang bodoh.

Kesian bini dan anak aku. Dulu aku seorang yang happy go lucky. Entah kenapa aku berubah menjadi orang yang kritis. 

Banyak cakap, mengeluh dan complain adalah ciri orang yang bodoh. Semua ini ada pada aku. Selalu juga aku fikir kenapa aku fikir aku semua betul, mungkinkah aku ini orang yang melampau. 

Walaupun begitu bilamana aku bercakap dengan orang knowledgeable biasanya aku hanya mendengar. Di luar pengetahuan, yes aku diam.

Dulu aku tidak mengeluh tetapi lebih kepada mengkritik. Contoh gaji, cukai ataupun dasar kerajaan. Contoh, dulu tidak ada penolakan cukai pada mereka yang menghantar anak ke taska. Bajet 2023 kerajaan mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM3,000. Bukankah kritikan aku berasas? 

Mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia sepatutnya let be. Ini pepatah lamakan… 

Aku dapat rasakan kegetiran pada tahun depa ekoran pemotongan subsidi. Gaji tak naik so I need do something about it. Kalau tidak aku akan lemas. 

Cakap pada mereka yang tidak merasai susah kerana hujung minggu mereka penuh dengan percutian. Mungkin dia seorang peon tapi kalau isterinya seorang cikgu, hujung minggu dia dah ada plan nak ride. Sebab itu peon tak faham apa yang aku katakan. Mungkin dia tak bayar ansuran rumah atau gajinya untuk diri sendiri.

So untuk next lepak orang citer aku politik angguk² je, walaupun tak setuju. Contoh, satu negara kecoh eMadani, bila ditanya rakan sekeliling seorang dua je. 

Terkilan pun ada juga sistem negara ini. Orang yang tak pernah kena buat efiling senang dapat bantuan. Orang yang dah berhenti kerja setiap tahun wajib declare. Silap-silap mereka yang tak declare akan dikenakan denda, wohaa……. Ini undang-undang kerajaan negara pasir sebutir.

So jangan mengeluh, merancang dan lakukan.

No comments:

Post a Comment