Thursday, December 14, 2023

Akhirnya Dap juga yg untung

Walaupun Terengganu selalu mencatatkan keputusan luar jangka dalam pilihanraya, tapi bagi prk Kemaman kemenangan Ahmad Samsuri sudah dijangka.

PRK Kemaman.

Majoriti PN tidak berubah dan undi PHbn meningkat bila pengundi ini disatukan. Overview secara simple.

Dapatan pengundian Kemaman banyak yg boleh diperkatakan termasuklah road map Dap boleh menjadi kenyataan.

Prestasi PHbn ketika ini so so tapi sokongan PN tidak meningkat. Ia boleh dikatakan momentum sokongan kepada PN sudah tepu.

Ketiadaan PH menjadi pembangkang amat dirasai. Sebagai mana PH tidak ada elemen wow menjadi kerajaan begitu juga PN tidak ada getaran menjadi pembangkang.

Sebagai pembangkang PN banyak isu yg diketengahkan. Contohnya isu sara hidup yg tidak tuntas. Mana pendidikan percuma?. Jangan peringkat univerisiti, apa akan jadi jika tadika PASTI tidak mengisi kekosongan pendidikan pra sekolah?. Ini contoh.

Belum lagi anakanda mengikut papa ke oversea. Ye betul, hanya PKR berkemampuan mencentuskan pelbagai isu. Satu isu tak habis timbul lagi isu.  

Isu yg diketangah oleh PH kebanyakannya berunsurkan fitnah. Jika PN rajin ulangkaji banyak je isu berfakta boleh menjadi trending. Bukankah semasa MN semua isu adalah berdasarkan fakta?.

Dalam dapatan Prk Kemaman pengundi umno masih tidak kembali. Jika ia dibiarkan bermaksud mereka tidak nampak jalan pulang dan umno akan hilang sokongan dan akan menjadi parti serpihan.

Andai kata esok pru ada sedikit peningkatan undi kepada PN kerana ada sebilangan ahli umno dan sebilangan kecil orang melayu pengundi PH lari meninggalkan reformasi yg retorik.

Tapi jika ada 10 atau lebih pemimpin umno menyokong PN, kita akan nampak mereka seakan membentuk kerajaan. Namun aku masih yakin jika PHbn GPS masih dalam perpaduan mereka akan menjadi kerajaan. Ini jika esok pru yg tanpa kempen.

Walaupun persempadanan semula dibuat aku yakin PH akan mempergunakan umno. Ini kerana jika BN keluar dan menyokong PN, PH akan sukar untuk menjadi kerajaan. 

So so PHbn.

Samada Anwar tidak berkaliber atau menterinya tidak perform. Contoh, Kita akan nampak eMadani umpama kita menang cabutan kereta. Walhal $100 ini hanya boleh beli ayam, sardin, roti keping. Promo gempak tapi sebenarnya kosong. Bukankah PH berpengalaman dalam bidang pengiklanan, scammer?.

Tahun depan cukai naik dan rasanya banyak lagi gangguan ekonomi berlaku. Kalau ikut pandangan aku, next year kerajaan kira oklah tapi bukan rakyat. Jika kerajaan umumkan kenaikan gaji penjawat awam secara keseluruhan rakyat so so tapi bilangan yg mengikat perut semakin meningkat. Maksudnya aku bottom M40 akan menjadi B40.

Kesimpulannya jika umno bersama PH, umno akan menjadi parti serpihan dan parti ini susah untuk bangkit. Sebelum pru Dap akan membuat persempadanan semula untuk apa? kuasa........

No comments:

Post a Comment