Aku tidaklah annoying atau aku tidak bersetuju bila isu melayu atau Dap menjadi topik perbualan. Selalunya aku umpama seorang yg memakai baju putih dikalangan mereka yg berbaju hitam. Bukankah janggal. Ironinya banyak telahan aku menjadi kenyataan.
Pada Pru13 orang cina mula mengundi sebulat suara menyokong Dap. Ketika itu ramai orang melayu kegirangan. Kalau tak silap Pas meninggalkan Pakatan rakyat pada tahun 2015 iaitu selepas langkah Kajang 2014.
Aku sembang bukanlah cerita 100 tahun yang lalu tapi 8 tahun lepas. Cepatnya dosa semalam dilupakan.
Mungkin sebab ini membuatkan aku kurang berminat dengan isu melayu melayu. Dulu dia askar Bersih, sekarang mereka laungkan melayu melayu. Lucu deh....
No comments:
Post a Comment