Tuesday, November 14, 2023

Tidak ada pandangan

Boikot McD atau tak?.

Seperti yg ku jangka, ia akan menjadi sedikit perbalahan. Ustaz² juga ada pandangan masing-masing, khilaf. Aku hanya dengan rutin aku, nescafe tarik, kopi atau teh. Aku bukan penggemar latte atau espresso, argh lidah orang kampung. Kopi pun dah ok.

Pandangan mereka yang tak memboikot mungkin ada golongan yang terkesan. ﷲ سبحانه وتعالى akan bersama dengan orang yang sabar, jihad and so on. Bercakap dari kedudukan di atas memang mudah berbicara, faham. Sebab itu aku tak nak komen.

Boikot mengikut kemampuan, cukup. Jadilah burung yg berusaha memadam api membakar Nabi Ibrahim as, sudah cukup memadai. Benar juga. Sebab ini juga aku tidak komen apa².

Aku tidak ada pandangan kerana boikot produk ini aku boleh ibaratnya seperti ini. Singapura penyokong tegar Israel tapi kenapa tidak sarankan mereka berhenti kerja.? Singapura tidak terjejas bukan perkara utama, objektif kita sekurang-kurangnya berusaha sekecil kemampuan.

Malaysia tidak menghantar tentera atau boikot produk Israel?.

Bercakap dengan papan kekunci mudah, segalanya mengikut apa yg kita tulis. Aku ringkaskan seperti ini. Susah untuk mengelak dari struktur atau pengaruh yahudi. Ringgit jatuh $4.7 semua dah goyang, bayangkan kalau ringgit jatuh $7 berbanding satu dollar.

Ramai orang melancong ke Siam tak salah, duit mereka. Ikut suka merekalah. Orang arab enjoy seperti buang duit ikut dialah. Duit mereka. Hobi masing-masing kan..... so tak perlulah tunjuk diri itu "baik".

Faham tak apa maksud aku?.

Sebenarnya kekayaan umat Islam ini kosong, tiada nilai. Ia umpama duit dalam pegangan saham. Bila saham naik duit ko akan kaya tapi bila jatuh mandadak ko muflis. Mungkin sebab itu ﷲ سبحانه وتعالى untuk perang akhir zaman hanya dengan kayu atau batu (jika benar).

Orang Islam mengeluh banyak komen medsos dipadam, kenapa orang Islam tidak ada ekosistem Islamnya sendiri?.

No comments:

Post a Comment