Wednesday, November 8, 2023

'move on'

Aku jarang baca apa yg aku tulis, komen apatah lagi. Blog ini sekadar nota.


Move on untuk apa? Aku bukan cybertrooper yang dibayar berjuta untuk sebar fitnah atau menulis untuk content. Sekarang ini mana ada orang menulis blog, la ini membaca hanya untuk lulus periksa. 

Move on tidak menerima kenyataan? Kenyataan umno kalah atau aku pengikut pemimpin?

Aku bukan pengikut setia, apatah lagi pentaksub. Yg aku tulis ialah hakikat. Kalau labelkan orang 'walaun' atau macai boleh merasakan diri itu hebat, silakan. Majoriti yang aku jumpa memang spesis ini, sebab itu aku kata nikmat ilmu itu sudah ditarik.

Zaman umno duit banyak?.

Banyak duit la sebab pandai mengurus, sebab itu aku kata kerajaan sekarang tidak wibawa. Hutang trillion? isk.... orang takde modal untuk berhujah. Terus terang aku cakap, normally spesis orang mcm ini memang aku selalu jumpa dan aku let be. Biarkan luncai dengan labu-labunya.

Aku ambil contoh,


Isunya dulu negara digadai, sekarang daripada 1,200 ekar diperluaskan menjadi 3,500 ekar. Dulu kritik proton bila proton mula berjaya mengatasi krisis tak segan jadi muka tembok. 

Dulu sebelum kritik ada ke pengetahuan am berapa banyak syarikat automotive merge?

Sampah.

1 comment:

  1. Pandai mengurus?

    Pandai mengurus habis jabatan milik kerajaan diswastakan.

    Pandai mengurus RM sampai tak bernilai di Thailand.

    Pandai mengurus hasilkan dua tiga jutawan Melayu. Bila mati, anak bini berebut harta berbillion.

    Pandai mengurus sehingga siapa saja pegang jawatan ketua cawangan/bahagian PASTI kaya.

    Banyak lagi pandai tapi rakyat teraniaya.

    Melayu terus ketinggalan dari bangsa lain.

    Sewaktu zaman Tunku Abdul Rahman. Negara kita asalnya kaya raya. Dengar minit 0.56 hingga 1.11
    https://youtu.be/YkqLwtbGaQ0?feature=shared

    Memang negara kaya hasil bumi dan lain-lain. Kemana perginya?

    Tinggalkan kenangan pahit umno dulu.

    Bersama kerajaan madani.tempuh cabaran ekonomi global tak.menentu. Bersama tentang fahaman taliban yang amat bahaya kepada keamanan negara.

    Bukan tuduh admin pentaksub/walaun/dibayar. Sekadar peringatan untuk memilih ahli politik terkurang penipu dari kebanyakan yang menipu.

    ReplyDelete