Friday, November 24, 2023

Melayu hilang kuasa, salah siapa?

Cerita sejarah untuk apa? bukan boleh mengubah apa².

Common orang cakap seperti ini. Malah bila cakap selagi kita tidak tahu sejarah kemajuan tidak boleh dicapai. Pastinya akan balas dengan senyuman sini.

Hari ini Tan Sri mengundurkan diri dari Presiden Bersatu. Salah part yg disentuh dalam bicara pengunduran beliau sebutkan melayu hilang kuasa. Siapa yang ada menonton podcast Keluar Sekejap (KS) Tun ada katakan, dalam 10 tahun melayu akan hilang kuasa.

Apa kaitan sejarah dengan melayu hilang kuasa?.

Tempoh.

Merdeka baru 66 tahun, ia sudah menjadi sejarah besar. Kalau 66 tahun adalah sejarah besar kenapa reformasi yang dilaungkan oleh Anwar bukan dianggap sejarah?

Sesuatu yang kita lalui adalah kenangan atau pengalaman, bukan dipanggil sejarah. Realitinya  apa yg berlaku adalah sejarah. Kata nama sahaja yang berbeza.

Jika kita melakukan kesilapan semalam kita tidak mahu mengulanginya. Jadi begitulah pentingnya sejarah untuk kita pelajari selain menjadi pemangkin.

Hamas dituduh sebagai pengganas kerana apa? kerana mereka ini jahil dengan sejarah.

Melayu hilang kuasa.

Memang benar umno hilang kuasa maka hilang kuasa melayu, untuk setakat hari ini. Orang akan menuduh umno sebagai parti yang mengjahamkan melayu. Adakah benar dakwaan ini?.

Secara teori kenapa umno harus dipersalahkan kalau orang melayu sudah menolak umno?. Bukankah mereka sudah ada pilihan mereka atas apa jua alasan? Then kenapa umno harus dipersalahkan?. Secara peribadi aku tidak nampak sebab kenapa umno harus diblame. Aku sudah katakan consequencesnya. So jangan merungut. Kalau ianya dianggap perjuangan, so teruskan perjuangan. 

Ramai yang memuja Tun terbaik. Secara peribadi juga aku puji kemajuan yg beliau lakukan tapi pujian aku ada limit. Bukan sampai tahap memuja sehingga segalanya harus patuh dengan kehendaknya.

Dalam pengakuan Keluar Sekejap (KS) beliau sendiri katakan dia tidak suka KJ kerana KJ lawan Mukhriz. Serius la, nonsense. Belum lagi sebab dia gaduh dengan Pak Lah hanya kerana jambatan bengkok. Walaupun Tun kata dia Najib curi duit dan cash is king, adakah sebab ini Tun benci Najib?. No....... kalau jambatan bengkok pun boleh bergaduh apatahlagi projek kroni yg dicantas oleh Najib.

Aku tak nafikan bahawa politik Malaysia dalam genggaman Tun atau dalam pengaruhnya, malah bagi aku kerana tangannya politik melayu seperi sekarang.

Kecewa kerana melayu sekarang masih tidak maju. Aku takde komen sebab bukankah beliau perdana menteri yg paling lama. Dap berkuasa, siapa yang serahkan kuasa.? Walaupun Tun tokoh yg fokus pada matlamat, tapi beliau tidak boleh nafikan politiknya menghalalkan cara.

Orang tanya aku, term melayu hilang kuasa, jadi kau nak buat apa?

Siapa aku untuk aku mengubah?. Kalau aku, Aku dah malas nak mengundi. Bagi aku semua pihak sudah diberi peluang. Selagi perangai politcian seperti ini, aku boikot undi. Kalau dalam konteks idea, bagi aku hanya politik masjid mampu menjadikan melayu terbang tinggi.

Camnilah, umno bobrik tapi pada masa yang sama Muhyiddin diangkat menjadi presiden PN. Bukankah Tan Sri antara tokoh paling lama dalam umno?. Kalau umno bobrok beliau suci?

Oh..... tidak mustahillah kan Anwar dalam sekelip mata suci?.

1 comment:

  1. Kenapa Korea boleh maju?

    Kenapa Jepun maju?

    Kenapa negara maju.... maju?

    Kerana rakyatnya berubah-ubah sokongan dari satu parti ke parti lain. Mencari pemimpin yang BETUL. Pemimpin yang membawa perubahan.

    Kemudian menolak apabila pemimpin BETUL tadi, jadi tak betul selepas itu.

    Dan majoriti negara itu bukan Islam pun. Negara Islam ketinggalan.

    Asasnya, sokong dan bagi peluang tapi jangan fanatik. Iaitu fanatik kaum dan agama.

    Malaysia boleh maju.

    ReplyDelete