Monday, February 12, 2024

Kifarah bagi mereka yg kufur nikmat

Ada yg kata kenaikan kos adalah ujian tapi bagi aku ianya lebih kepada kifarah. Semua tindakan atau keputusan ada akibatnya.


Kita akan dicebik kerana menyokong gst kerana pada pandangannya GST penyebab kenaikan kos barangan. Lalu kita akan digolongkan dalam kelompok orang yg bodoh. Mereka tak sedar atau auto buta bilamana perlaksanaan SST harga barang juga naik.

Kita selalu sebut maha kaya sehingga kita membenci orang kaya. Kalau dalam filem P. Ramlee orang kaya yg baik ketika beliau memegang watak.

Tumpul atau bocornya SST sehingga tidak sampai 12% kutipan cukai daripada kdnk. Dah la begitu orang yg bergaji RM2900 sebulan sudah boleh dikenakan cukai walhal untuk hidup di Lembah Klang sekurangnya perlu RM3500 sebulan.

Fitch Rating memberi penarafan rendah kerana pendapatan dan belanja negara unbalance. Jika Rafizi kata dalam masa 3-4 tahun negara akan pulih bagi aku ianya cuma untuk melengkapkan penggal perkhidmatan. Hanya dengan sebutan debit kredit Rafizi digelar economicus, lalu akibatnya pencen terpaksa dihapuskan.

Selagi cukai tidak dikemaskini dan subsidi tidak diurus dengan baik ringgit tidak mampu mengukuh. Ditambah dengan dasar bangla tidak cukup maka ringgit kemungkinan akan terus jatuh.

Sebenarnya aku sudah tidak peduli dengan apa yg terjadi disekeliling. Cuma sedih dengan apa yg bakal berlaku jika ianya berterusan. Contoh, pelancong yg tidak kembali dan FDI yg menjadi negara sebagai pusat pelupusan sampah, contoh seperti Lynas.

Tiada anjakan pradigma dari mindset ketua pengarah untuk mengubah landasan negara. Ramai bos tidak arif dengan kerjanya. Contoh, Kementerian Pertanian, Mardi, UPM, FAMA badan yg memodenkan pertanian tapi membuat litar motorcross maka pertanian itu perniagaan hanya sekadar tagline untuk mendapatkan pencen.

Aku sebagai rakyat terima apa yg ada kerana negara dipilih dari sistem majoriti. 

No comments:

Post a Comment