Apapun, Mahfuz realistik dalam memberikan angka kemenangan. Berdasarkan kepada sentimen yang ditunjukkan kepada pengundi, sasaran ini sememangnya bertepatan kerana sokongan umno semakin meningkat.
Dari segi gerak kerja, wanita umno amat memainkan peranan dalam berkempen. Tapi sayang, peranan wanita dalam MT terlalu sedikit.
Sebagai pengarah prk, Mahfuz gagal membawa isu besar dalam prk. Isu susu tamat tempoh amat sesuai dengan beliau, pemimpin tamat tempoh.
Gambar ini seperti ada yang tidak kena pada aku. Bukan pasai bendang penuh dengan ayaq, tapi sekali imbas, seperti sebuah kumpulan sedang menghiburkan pun ada. Entahlah...
Salah satu sebab kenapa Pas tidak boleh menjadi parti dominan dalam Pakatan ialah isu yang selalu dibawa oleh mereka. Mereka sering ketandusan isu national. Walaupun Sungai Limau pilihanraya kecil, mereka sepatutnya mampu membawa isu kenaikan harga barang dalam konteks pengundi tertipu dengan janji BN. Sebaliknya, Pas hanya mampu menyajikan, kopiah adalah hak orang Pas.
Azizan berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau semenjak 1995. Sudah pasti penyokong Pas sudah berakar umbi di sini. Melihat dari kehadiran ceramah yang kurang memberangsangkan, ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas.Pada mulanya ia dusta, tapi bila kita zoom memang Mat Sabu dan MB Johor yang tak jadi dan Dr. Zul. Mengapa sokongan Pas semakin berkurang.? Pas kena melihat keputusan Prk Sungai Limau dengan lebih tanda aras sokongan orang melayu.
No comments:
Post a Comment