Friday, November 29, 2013

Azmin sarkas parti pun dah macam sarkas

Bukan Azmin sahaja yang sarkas, bahkan pentadbiran PKR tak ubah seperti parti sarkas. Yang paling sarkas ialah seorang yang bertaraf setiausaha menegur timbalan presiden seperti sarkas. Sarkas lagi bila bakal perdana menteri hanya menegur orang bawahan melalui media. Lebih melucukan, teguran itu langsung dibuang ke dalam longkang.

Tidak dibuat dek orang, Kelab penyokong kerajaan (BBC) menghantar memorandum kepada kerajaan yang dipimpin. Apa gunanya Saifudin Nasution Ismail sebagai ketua staff. Takan hanya menerima elaun tanpa membuat kerja.

Antara kandungan dalam memorandum ialah soal banjir, pengangkutan awam, ketelusan pengurusan Geran Selangorku, masalah hakisan tanah dan pemulihan cerun serta kelemahan pengurusan Kolej Universiti Islam (KUIS) dan Universiti Selangor (Unisel).

Bermatian penyokong mereka mengatakan kerajaan Selangor bersih, rupanya dalam kain penuh kurap. Wakakaka.....

No comments:

Post a Comment