Pada Pru yang lalu, pembangkang menuduh Bn menggunakan pengundi hantu. Dakwaan ini disangkal oleh BN. Pada prk Sungai Limau, Shahidan pula menuduh pembangkang menggunakan pengundi hantu.
Dakwaan ini timbul apabila mereka kalah dalam pilihanraya. Mengapa Shahidan menuduh Pas menggunakan pengundi hantu sedangkan Najib dan Muhiyddin tidak menyatakan sedemikian.
Pada prk Sungai Limau, Bn kalah dengan majoriti yang besar di Bukit Besar. Kawasan terbabit adalah dibawah jagaan Perlis. Jadi tidak perlulah Shahidan menyalahkan orang lain. Bermuhasabahlah....
Yang jadi hantu ialah orang yang sering menyalahkan orang lain.
Aku setuju dengan Mahfuz. Karpal perlu tampil memberi penjelasan dan bukan pihak lain.
Yang jadi hantu ialah orang yang sering menyalahkan orang lain.
Aku setuju dengan Mahfuz. Karpal perlu tampil memberi penjelasan dan bukan pihak lain.
KUALA LUMPUR: PAS menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) mengenai kewujudan 'pengundi hantu' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Isnin lalu yang dimenangi oleh parti itu.Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengundi hantu yang didakwa adalah anak-anak kepada penduduk tempatan yang dibesarkan dan bersekolah di kawasan tersebut tetapi bekerja di tempat lain."Jika Barisan mahu memfailkan petisyen membantah keputusan pilihan raya, mereka berhak berbuat demikian tetapi dakwaan itu tidak benar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.Pada Rabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata BN akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan kewujudan 'pengundi hantu' pada PRK itu.Beliau berkata masalah utama adalah disebabkan pengundi itu sendiri tidak mengemaskini alamat di MyKad mereka.
No comments:
Post a Comment