Sah sudah, Johor akan mengumumkan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu. Menanti khabar berita samada Selangor akan menuruti Kelantan.
Aku tidak menjurus pertikaman lidah diantara KJ dan kepimpinan FAM ataupun dengan "budak suruhan "FAM, Datuk Jamal Nasir.
Selepas KJ dilantik menteri KBS, beliau begitu lantang bersuara sehingga Presiden PSM memberi komen "Biadap".
BAM, PSM, FAM, KOAM boleh dikatakan persatuan yang bermasalah. Persoalan pada aku, wajarkah beliau memerangi persatuan sukan untuk membangunkan sukan.?
Sebelum ini. beliau selaku menteri KBS, beliau mahu menyekat peruntukkan sejuta dan permohonan peruntukan terus RM8.8juta dari Najib selaku penaung PSM. Mampukah KJ terus berperang dengan PSM yang dinaungi oleh Najib.?
“Pada saya kenyataan beliau itu biadab, semua sukan dihentam...apa sukan yang beliau bantu? Mana program sukan, saya tidak pernah tengok sejak (menjadi menteri),” katanya semalam.Sepengetahuan aku, PSM belum membuat pertemuan dengan KJ. Riuh sekampung tanpa sebarang usaha. Apa wawasan yang dibawa oleh Kj untuk KBS? Apa pelan induk untuk bidang sukan negara.? berubahkah belia dibawah menteri muda.?
Segalanya aku belum nampak hasil tangan di bawah KJ. Dan jangan lupa, YB Khairy pernah menjadi timbalan presiden FAM. Dan..... apa hasilnya.?
Rasa tak pernah isi borang ada pilihan "ragu" untuk jantina. Kj... Kj..... ada ada je kamu ni.