Friday, November 8, 2013

Melayu mati dibawah Najib

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia), Datuk Kamarudin Meranun hari ini melahirkan rasa kesal terhadap syarikat milik kerajaan (GLC) yang didakwa masih meminggirkan pengiklanan dalam akhbar berbahasa Melayu.
Malah, katanya, beliau juga berasa malu terhadap GLC-GLC itu yang telah mencapai tahap perlu dirayu oleh kepimpinan negara untuk menempah iklan di dalam akhbar-akhbar berkenaan.
"Sangat memalukan apabila mereka (GLC) terpaksa dirayu untuk mengiklankan di dalam akhbar berbahasa Melayu.
"Malah, lebih memalukan bagi mereka apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merayu dan menggesa syarikat-syarikat berkenaan untuk berbuat demikian.
"Kami di AirAsia bagaimanapun akan berterusan memberi sokongan pengiklanan kepada akhbar berbahasa Melayu, terutamanya Utusan Malaysia. Tidak dinafikan, kami juga amat memerlukan sokongan anda kerana peranan Utusan amat penting,"
....................................................................................................................................................................
Kerana perdana menteri bernama Najib, Pemilikan petronas dibuka kepada non bumi. Siapa yang melantik melantik ceo dan lembaga pengarah petronas kalau bukan Najib.

9 tahun kdnk negara 8% di bawah Tun Mahathir. Tapi Najib hanya mampu menumbuhkan ekonomi separuh dari nilai tersebut.

Dulu, tidak ada siapa yang nak tahu beg tangan Tun Hasmah. Sekarang rakyat ingin tahu dan dah tahu berapa harga beg tangan Rosmah.

Isu ini tidak perlu diulas. Melayu hanya akan sedar bila melayu terkulai di bumi sendiri.

Seringkali aku menolak penggunaan dana dalam kempen pelihanraya. Wang yang dilaburkan tidak setimpal dengan sokongan yang diterima. Pengundi sekarang, bagi segunung emas pun kalau tidak sokong, tak sokong juga. Tapi umno masih menggunakan pendekkan wang sebagai umpan pilihanraya.

Orang tidak faham apa yang aku maksudkan, aku copy apa yang Tun maksudkan.
Kempen sekarang ini berbeza dari dahulu. Banyak wang diguna. Diadakan Karnival di mana ada acara hiburan, jamuan dan hadiah percuma seperti T-shirt BN, PAS yang belum memerintah terpaksa jual T-shirt. Apabila jadi Kerajaan T- shirt tentu percuma.
Ada Jabatan Kerajaan yang mengadakan pameran untuk mempromosi Kementerian Pertanian saya fikir. Mereka yang datang melihat pameran diberi sepuluh ekor anak ayam, dedak dan beras. Makanan disediakan untuk pelawat.
Saya tak tahu samada pameran ini adalah sebahagian dari kempen BN. Jika ia, amat jelas pelawat tidak terpengaruh dengan hadiah anak ayam. Sebenarnya pengundi tidak mengundi mengikut hadiah – samada berbentuk duit atau anak ayam.
Mungkin saya salah (dan saya mengaku saya kerap salah) tetapi saya fikir pemberian wang dan hadiah tidak akan memberi kemenangan. Ini jelas dari PRU 13. Yang tak sokong tak sokong juga. Wang yang diberi adalah pembaziran, samada wang Kerajaan atau bukan Kerajaan.
Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangannya dan tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motorsikal 1000 c.c, saguhati dan apa juga yang diberi tidak akan menawan hati. Ada pengundi yang tidak arif yang berkata ini rasuah. Ini sangkaan buruk mereka. Tetapi sangkaan ini walaupun mungkin bukan rasuah mungkin mempengaruhi tindakan mereka.
Di Sungai Limau ternampak banyak rumah batu bumbung genting. Nampak sejak saya jadi wakil rakyat dahulu keadaan banyak berubah. Ramai dari orang kampung yang sudah berjaya dan ada duit, walaupun tidak kaya.
Tetapi masih ramai yang miskin, amat miskin. Kalau mereka diberi peluang dan bantuan mungkin mereka akan berhijrah – Wallah wa’alam. Dan mungkin BN disanjung tinggi semula.
Inilah politik semasa. Duit lebih banyak tetapi pengaruh masih belum cukup.

No comments:

Post a Comment