Friday, November 8, 2013

Jika benar, tangkap dalang projek ic

Milosuam Pelik tapi benar — Dah lama duduk Malaysia, dah besar panjang tapi tak pandai cakap Melayu? 
Ini IC dua orang yang ditahan semalam (rujuk post sebelum ini), dah besar panjang tapi tak pandai cakap Melayu.
Mereka bercakap bahasa seakan Myanmar. Kesian, dah lama duduk Malaysia tapi masih tak pandai berbahasa Melayu.
Jangan haraplah nak tanya rukunegara dan lagu negaraku.
...............................................................................................................................
Aku tidak setuju dengan pemberian ic kepada rakyat asing. Tetapi jika kita menafikan hak orang sebagai warganegara hanya berdasarkan paras rupa dan tidak mampu berbahasa melayu, ia tidak boleh diterima sama sekali.

Milosuam macai pakatan. Sudah tentu penulisannya mengkritik kerajaan. Jika pertuturan menjadi syarat wajib menjadi warganegara, 3/4 orang cina tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Bangla yang tinggal setahun lebih fasih daripada orang cina.

Kalau kakak atau adik milosuam kahwin dengan orang siam atau vietnam, perlu tak abg/adik iparnya memohon penduduk tetap.?

Jika suami Ning Baizura memohon penduduk tetap dan selepas beberapa tahun memohon ic dan terus mendaftar sebagai pengundi, adakah rakyat Malaysia akan berdemontrasi membantah?

Badrul Amin bukan lahir dan bukan peranakan orang Malaysia. Dia diberikan warganegara dan boleh mengundi malah pernah menjadi Adun. Kebanyakkan pemimpin pakatan rakyat ramai yang bukan lahir di Malaysia termasuklah ketua Wanita Pkr. Latifah Koya sendiri bukan anak asal orang Malaysia. Kebanyakkan pemimpin ngo pembangkang adalah warisan anak bukan Malaysia.

Mengapa pembangkang tidak mengungkit hal ini.

Kebanyakkan tuntutan yang dibuat oleh sesetengah orang adalah kerana mereka bukan anak dari rahim peranakan orang Malaysia. Tetapi pendatang yang telah diberikan keistemewaan untuk menjadi sebahagian daripada rakyat negara ini.

Jadi apa buktinya kerajaan memberi ic untuk mengundi Bn.?
anak korea yang menjadi kepala pembangkang

No comments:

Post a Comment