Pahang merangkul Piala Malaysia 2013 melalui jaringan Conti pada minit 58.
Tekaan Ong Kim Swee Pahang menjuarai Piala Malaysia tepat. Kekuatan seimbang, tapi kelebihan memihak kepada Pahang setelah ketiadaan Obinna dan ketajaman Conti, aku memilih Pahang. Tetapi dari rangkaian penyerang, aku tidak menafikan barisan depan dan tengah Kelantan lebih digeruni. Kelemahan serangan Pahang ditampung dengan menjadikan Conti menjadi target man.
Pahang dan Kelantan adalah pasukan dari kumpulan C bersama N.Sembilan dan Terengganu. Pusingan pertama Negeri Sembilan mengungguli kumpulan tetapi baki perlawanan 2 kali tewas dan seri dengan Terengganu menyingkirkan Negeri Sembilan dari persaingan suku akhir.
Negeri Sembilan tidak perlu malu dengan aksinya dalam Piala Malaysia walaupun dibelasah oleh Pahang. Untuk rekod, Negeri Sembilan mengalahkan Kelantan di Kota Bharu.
Benteng Pahang yang terajui oleh Stewart amat teguh. Ia menggamit memori kehebatan pemain lama Pahang, Alan Davidson. Kekebalan Stewart dan ketajaman Conti ditambah kerajinan Alex, memang Negeri Sembilan wajib dibelasah oleh Pahang. Perlawanan akhir sebentar tadi, jika Pahang lebih bermain secara berpasukan, mungkin lebih banyak gol mampu dihasilkan.
Najib dan DSAI tidak ketinggalan mengucapkan taniah.
Info untuk pasukan Negeri9.
Sundramoorthy akan menyertai Negeri Sembilan untuk tempoh dua tahun. Sekarang ini beliau giat memujuk Marlon menyarung jersi Nogri. Joel Griffiths menjadi pilihan jurulatih untuk digandingkan bersama dengan Marlon di bahagian serangan. Sundram juga berminat mencari pemain pertahanan dari Australia atau pemain yang mempunyai 1.8m. Peraturan Liga Malaysia, 2+1 dimana seorang perlu dari rantau asia.
Sembang pasal gaji..? |
Bagaimana liga Malaysia nak berkembang jika coach hanya pandai mengambil pemain import dari pasukan liga juga. Bukan memperlekehkan Marlon, tetapi pasukan yang bertanding harus memainkan peranan untuk memajukan bola sepak tempatan.
Kebanyakkan pasukan tidak mampu mencari pemain berbakat. Juan Arostegui satu-satunya pemain hebat selepas era semi pro.
No comments:
Post a Comment