Friday, November 29, 2013

Pak Saad, untuk apa dedah anak kena rogol.

Orang akan merahsiakan aibnya. Berlainan dengan ayah budak perempuan yang diceraikan dengan talak tiga. Saad Mustafa 41, bersahaja mendedahkan anaknya dirogol oleh 3 orang termasuk bekas suaminya.

Mungkin dia marah dengan keadaan itu, tetapi apa yang dilakukan sama sekali tidak wajar. Tindakan beliau mendedahkan anaknya dirogol sama seperti menepuk air di dalam dulang.
KULIM: Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, menafikan dakwaan bahawa dia telah merogol Nor Fazira Saad dan mengahwininya untuk mengelakkan diri daripada didakwa.
"Kami hanya mengadakan hubungan seks selepas berkahwin," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Nagalilit dekat sini.
Dia mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil, tiga atau empat bulan sebelum dia menyedarinya.
"Rakan-rakan saya yang ada di sana melihat dia (Nor Fazira Saad) begitu mesra dengan seorang lelaki. Dia mengenali lelaki itu ketika bekerja di pekan Padang Serai (dalam daerah Kulim).
"Kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, saya membuat keputusan untuk menceraikannya," kata Mohd Fahmi.
Mohd Fahmi menceraikan Nor Fazira dengan talak satu.
Dia berkata, mereka merupakan pasangan bahagia sebelum lelaki itu mengganggu rumah tangga mereka.
"Dia amat biadap terhadap ibu bapa saya dan tidak pernah memasak.
"Dia akan lari dari rumah setiap kali dia tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara," kata Mohd Fahmi.
Kebanyakkan "rogol" sekarang bukan terpaksa, tetapi atas dasar suka sama suka. Jika benar anaknya dirogol, mengapa beliau menarik balik laporan polis yang dibuat.

"Adalah lebih baik mereka berkahwin daripada melakukan perkara yang tak elok," katanya.

Secara peribadi, memang kejadian itu benar berlaku. Untuk menutup aib kedua-dua pihak maka mereka dikahwinkan. Dan aku rasa, budak perempuan ini memang agak liar seperti yang didakwa oleh bekas suaminya. Sebab itu ayahnya berkata sedemikian.

Orang yang cukup umur pun boleh lemas dalam melayari bahtera, inikan pula budak yang baru akil baligh. Tapi tak sangka pula ayahnya berperangai kebudakan. Nak glamer macam reetis. uh.

Kes ini menyusahkan semua orang. Polis kena, Jabatan agama tidak terkecuali.

No comments:

Post a Comment