Monday, November 11, 2013

Sembang dua seteru

Sembang media sosial dua seteru politik.
Tajol Ariffin Omar
UNTUK KETUA NGO(k) Kanda Sri Selamat Setiawan...yg amat sayang Umno dan Islam...yg amat membenci DAP..PAS..Kristian...
Menurut survey yg di jalankan oleh Dato A.Kadir Jasin...di PULAPOL
30-40% pelatih TIDAK tahu niat mandi junub.
40-50% pelatih TIDAK tahu mengucap Syahadah dgn lancar...
ADAKAH INI SALAH DAP....SALAH KRISTIAN???l
 — with Kanda Sri Selamat Setiawan.
Jika ada yang menuding ia kesilapan kerajaan 100%, first aku amat sedih dengan mentaliti seperti ini. Mengucap adalah basic agama yang perlu diajar oleh ibubapa seawal anak kita boleh bercakap. Tidak perlu bermula dari sekolah. Dalam hal ini aku menyalahkan ibubapa. Anak adalah tanggungjawab kita. Kerajaan, masyarakat, guru atau rakan sebaya hanyalah agen sokongan untuk membantu anak kita berjaya.

Jika mahu menulis dari skop politik, kenapa harus menyalahkan kerajaan sedangkan pemerintah sudah menyediakan guru untuk mengajar agama. Guru agama pro mana.? Kenapa tidak menyalahkan mereka.? Guru-guru sekarang bila diarahkan untuk lebih cemerlang, rugutan dan marah kepada kerajaan macam ledakan gunung berapi.

Jika masyarakat menuduh kerajaan gagal, jangan tuding kerajaan semata-mata. Guru yang wajar dipersalahkan. Jika guru tidak mahu dipersalahkan, jangan salahkan kerajaan. Sebab guru itulah kerajaan.

Guru tuduh kerajaan gagal mendidik rakyat. Sekarang ini ramai guru menyokong pembangkang. Jadi siapa yang gagal mendidik.? Kerajaan gagal mendidik gurukah.?

No comments:

Post a Comment