Tuesday, November 12, 2013

Trend jenayah di rumah

Minggu lepas satu kejadian culik anak warga Britan di rumahnya. Ada kejadian bunuh ala samseng di Perak. Kelmarin seorang ketua penguatkuasa JAIP ditembak di depan rumahnya. Banyak lagi kejadian jenayah yang tidak masuk akal berlaku.
MENGGIGIL LIHAT PEMUDA DITETAK SELURUH BADAN DI PERAK | IPOH – Seorang wanita dipaksa menyaksikan pembunuhan kejam dilakukan sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang yang menetak keseluruhan anggota badan seorang pemuda dalam kejadian di sebuah rumah di Hala Timur 7, Chandan Desa, di sini, 2.30 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, ketika kejadian, mangsa dan saksi wanita terbabit berada di ruang tamu sebelum sekumpulan empat lelaki yang memakai topeng ski dan kesemuanya bersenjatakan parang menyerbu masuk rumah serta terus menetak mangsa.
Mencuri di siang hari walaupun ada penghuni di dalam rumah. Kejadian ragut juga dirakamkan di sebuah rumah sewaktu seorang wanita keluar dari kereta.



Satu kejadian rogol berlaku apabila perompak yang memasuki rumah begitu teruja melihat remaja hanya bertuala.

Semua berlaku di kawasan rumah pada siang hari. Satu persolanan kepada IGP, apakah tiada lagi jaminan keselamatan apabila kita berada di rumah.

Harapan tindakan tegas daripada Zahid hanya sewaktu pemilihan umno.



No comments:

Post a Comment