Sunday, November 10, 2013

Video suspek pembunuh ambank

Suspek menembak mati sudah ditangkap, tapi seorang lagi pegawai kerajaan ditembak mati. Dipercayai, ahli syiah.

Pengawal keselamatan yang terlibat dalam kejadian pembunuhan pegawai AmBank ditangkap sepasukan anggota polis khas sebaik sahaja selesai meletakkan keretanya di Kampung Tanjung Belungkor, Kota Tinggi.

Beliau ditangkap sebaik sahaja selepas meletakkan keretanya di kampung terbabit kira-kira pukul 7 pagi tadi ketika hujan lebat. Sumber juga berkata, pengawal keselamatan itu ditangkap oleh sepasukan anggota D9 daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang terlibat dalam Ops Khas Cantas.

Sebaik sahaja ditangkap pengawal keselamatan itu terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber itu lagi, pegawal keselamatan itu dipercayai sedang berusaha untuk ke Pulau Batam, Indonesia yang terletak hanya 45 minit daripada Kampung Tanjung Belungkor.

Beliau dipercayai bercadang menggunakan bot nelayan di kampung terbabit untuk membawanya ke pulau tersebut



Ketua bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Raflie Ab Malik dikatakan mati setelah terkena 3 das tembakan pada jam 2 petang tadi di rumah beliau.

Menurut sumber di beritakan 3 orang lelaki berpakian hitam serta berkopiah (salah seorangnya berjubah) menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih telah menembak mati Raflie di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2.

Allahyarham Raflie Abdul Malik dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya tiga kes besar melibatkan kes TUHAN HARUN, SYIAH, dan OPERASI KELAB MALAM. Beberapa minggu lalu, Allahyarham mengetuai pasukan penguatkuasa agama menggempur sarang Syiah di Keratong dan dilaporkan berjaya. Tidak sahaja sarang Syiah dimusnahkan, bahan-bahan bercetak untuk disebarkan, turut dimusnahkan.

Walaupun banyak pihak yang boleh disyaki, namun 'cap jari' Syiah dalam kes ini amat jelas. Penggempuran yang dilakukan oleh Raflie telah menyebabkan Syiah sukar bergerak dan bernafas di Pahang. Pada masa yang sama, Raflie turut memberikan masalah kepada ketua-ketua kongsi gelap Cina yang menguasai industri hiburan di seluruh Pahang menerusi operasi-operasi yang dijalankannya bersama-sama dengan PDRM.

Pada 12 Mei lalu, Allahyarham Raflie telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan anak-anak serta isteri ketiganya serta 12 orang pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.

Harun dalam menyebar ajaran tersebut mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013 di sebuah premis di Lorong Pandan Damai, dekat sini antara Februari lalu hingga 4 April lalu. sumber

No comments:

Post a Comment