Friday, December 6, 2013

Kemalangan di highway senawang

Kemalangan membabitkan 6 buah kenderaan di kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Senawang, jam 4.30 petang. Dalam kejadian ini, pemandu bas ekspress dan penumpang Myvi maut ditempat kejadian, sementara seorang bayi dilaporkan parah.

Mangsa terkorban, pemandu bas berasal dari Singapura, Ahmad Zaki, Kassim, 36, manakala penumpang kereta, Rasidah Abdul Latip, 30, dari Bandar Jengka Pahang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, kemalangan itu membabitkan mangsa seramai 11 orang termasuk seorang kanak-kanak.

"Tiga mangsa tersepit membabitkan lelaki dan wanita serta kanak-kanak. Seorang penunggang motosikal patah kaki manakala penumpang teksi jenis Toyota Innova seramai empat orang terselamat," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Beliau berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Rembau terbabit dalam operasi menyelamat dengan dibantu anggota bomba bermotosikal membabitkan keseluruhan 14 orang. metro muktahir


Sumber. Tengoktv

No comments:

Post a Comment