Friday, December 6, 2013

Malaysia dan Jepun?

Tidak patut menyamakan Malaysia dengan Jepun. Kualiti Proton dan Toyota jelas membezakan antara kedua negara.

Tetapi tidak semestinya perkara yang baik tidak boleh ditiru. Jika kerajaan tidak mampu menyediakan "kurungan", pengasingan jantina sudah memadai. Ia tidak memerlukan kos pun.

Jepun bangkit selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom. Kini Korea sudah menjadi negara maju walaupun dulu kadar gdp negara k-pop ini lebih rendah daripada Malaysia.

Kunci kejayaan mereka ialah terletak pada sikap disiplin dan integriti para pemimpin dan rakyatnya.

Aku yakin rakyat akan marah jika kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang "siapa buang sampah merata-rata akan disaman".

Di negara maju, rakyatnya tidak membuang sampah di tepi jalan. Apabila mereka terlihat orang susah, mereka tidak keberatan untuk membantu. Mereka tidak perlukan mc untuk membuktikan mereka sakit. Inilah level integriti mereka.

No comments:

Post a Comment