Sunday, December 1, 2013

Nik Aziz dah nyanyuk

Memualkan bila membaca pendapat yang menyokong kenaikan gaji di Selangor.Kalau sebelum ini mereka mencadangkan gaji menteri dipotong, hari ini pencaci termasuk yang bertaraf berpendidikan agama berpura-pura terkejut dengan kadar gaji lama.

Selama ini Yang Berhormat BN dipandang sebagai bergaji besar, wajib turun padang membantu rakyat, bersedekah dan pelbagai lagi rakyat menuntut. Jika YB berkereta besar, rakyat akan memandang serong.

Dulu mereka mendesak kerajaan menggunakan proton. Setelah mereka berkuasa, proton sudah tidak relevan. Sekarang rakyat tidak kisah jika jika pemimpin mereka berkereta besar dan bergaji besar atau tidak melawat kawasan.

Pemimpin Pakatan tidak rasuah. (anggukkan aje.) Rezab Selangor berbillion kerana perbelanjaan berhemah. Tak tahu, longkang sana sini tersumbat. Berhemah la sangat sampai kes denggi semakin tinggi. Aku belum nampak area sekeliling aku jalan berturap baru. Jalan semua dah kelabu.

Zaman umno, kerajaan kena buat jalan, ganti paip air, bina infrasturtur untuk tarik pelabur, memang la kerajaan tidak ada duit. Bila dah maju, orang lain yang claim, mereka majukan. Takpe la, bagi la depa dapat nama.

Yang bergelar doctor, pensyarah dan jurutera hari ini kerana kepimpinan pakatan dan usaha sendiri. Bukan kerana kerajaan umno yang membantu memberikan belanja dan membina universiti.

Kekadang aku terfikir, kenapa pemikiran rakyat mudah dimanipulasi.?
Bila Nik Aziz mendakwa dia tak pernah jumpa perdana menteri, aku jadi.... nyanyuk ke apa orang tua ini.
KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu yang luar biasa.Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, ketika beliau menerajui pentadbiran negeri selama 22 tahu sebelum ini, pertemuan rasmi sebegitu tidak pernah berlaku.“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.

No comments:

Post a Comment