Wednesday, December 11, 2013

Petua sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi

Ramai yang share petua ini di facebook.
Petua perubatan drpd Ustaz Sharhan Syafie unt mngubati pnyakit jantung, kencing manis n darah tinggi....kpd yg nak mncuba...sebiji kelapa muda yg bhinggus (isi lembut)+3btg serai yg dketuk+7biji halba...dpanaskan dan dminum airnye...amalkan selang sehari..sebanyak 7 biji kelapa perlu dhabiskan dlm masa 14 hari...selamat mncuba....in sya allah kberkesanan 80% bjaya Alhamdullillah...

Apa itu halba.?

Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Hulbah juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, “halba”, berasal daripada nama bahasa Arab, “Hilbeh” Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.

Rasulullah saw bersabda :
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas " (Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau menganjurkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan nama Fenugreek atau HERBANA.

KELEBIHAN HALBA
1. Diminum sebagai teh untuk
  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung,sebu dan senak
  • Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lender tekak
  • Melegakan sakit kepala/ migraine
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut
  • Merangsang rahim
  • Kegemukan
  • Kurang berat badan
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
  • kecergasan
  • kekuatan badan
  • Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
  • Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
  • Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
  • Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Dalam Bartram’s encyclopedia of herbal medicine:
1-2 sudu teh halba(tumbuk bagi pecah) dengan 1 cawan air dan rebus di atas api yang kecil selama 15 minit. minum air dengan halba.

Cubalah amal mengambilnya selama 3 bulan. InsyaAllah akan ada rasa kelainan pada tubuh badan….

Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan.
Baik untuk orang yang menghidap kencing manis, menurun paras gula tapi kena hati2 juga janganlah biarkan paras gula terlalu rendah, bahaya nanti(Bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis), Ia juga merendahkan kolesterol, membantu melegakan batuk yang kronik, bengkak gusi, pembuka selera, sakit dalam perut, hernia dan banyak lagi manfaatnya.

Halba senang didapati di kedai2 runcit dan di supermarket. Murah pulak tu. Selamat dimakan sebab tu halba sering dimasukkan dalam masakan. Selain berkhasiat halba juga mengharumkan masakan.

Kita tidak akan dapat merasakan kebaikan satu2 herba itu pada tubuh badan melainkan mengambilnya untuk satu jangka masa, cubalah selama dua tiga bulan.

1 comment:


  1. terbaek la ni bro ..thanks di atas posting blog yg sangat menarik dan berinformasi ni ...sy mohon kebenaran berkongsi blog sakit jantung yg di bawah, semoga mendapat restu dan keizinan dari bro

    Ubat Sakit Jantung

    ReplyDelete