Friday, December 6, 2013

Solat tiang agama

AllahuAkbar.. teguh imannya walau diuji dengan pelbagai dugaan. Aku sendiri masih terhuyung hayang dengan nikmat dunia. Sucikan diri ini, hati ini untuk aku menjadi seorang yang lebih mukmin.
Mereka masih solat berdiri kerana berdiri dengan betul (tegak) adalah satu diantara rukun solat. Kita dibolehkan solat dalam keadaan duduk jika kita tidak berkemampuan untuk berdiri. Dalam satu tazkirah Datuk Abu Hassan Din, sebelum kita mengerjakan solat dalam keadaan duduk, wajib untuk kita mencuba solat berdiri kerana berdiri adalah satu rukun solat untuk sah sembahyang.

Sembahyang rukun Islam kedua. Jahatlah sekali mana pun tapi jangan sekali tinggalkan solat. Ayat menggambarkan pentingnya solat dalam hidup kita.

"Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus:
  • Menjaga sembahyang lima waktu
  • Banyak bersedekah
  • Banyak membaca al-quran
  • Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal'aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)
Tinggalkan empat perkara ini :
  • Dusta
  • Khianat
  • Adu-adu
  • Menjaga kencing Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya siksa kubur itu kerana kencing. (Yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)
Tadi aku ada terbaca, fadhilat solat berdiri ialah meluaskan kubur apabila kita mati.

Alfaqih Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Umar r.a. berkata: "Seorang mukmin jika diletakkan dikubur maka diperluaskan kuburnya itu hingga 70 hasta dan ditaburkan padanya bunga-bunga dan dihamparkan sutera, dan bila ia hafal sedikit dari al-quran cukup untuk penerangannya jika tidak maka Allah s.w.t. memberikan kepadanya nur cahaya penerangan yang menyerupai penerangan matahari, dan didalam kubur bagaikan pengantin baru, jika tidur maka tidak ada yang berani membangunkan kecuali kekasihnya sendiri, maka ia bangun dari tidur itu bagaikan masih kurang masa tidurnya dan belum puas. Adapun orang kafir maka akan dipersempit kuburnya sehingga menghancurkan tulang rusuknya dan masuk kedalam perutnya lalu dikirimkan kepadanya ular segemuk leher unta, maka makan dagingnya sehingga habis dan sisa tulang semata-mata, lalu dikirim kepadanya Malaikat yang akan menyiksa iaitu yang buta tuli dan bisu dengan membawa puntung dari besi yang langsung dipukulkannya, sedang Malaikat itu tidak mendengar suara jeritannya dan tidak melihat keadaannya supaya tidak dikasihaninya, selain itu lalu dihidangkan siksa neraka itu tiap pagi dan petang."

No comments:

Post a Comment