Saturday, December 7, 2013

Status terakhir remaja mati dipukul di masjid hingga mati

Status terakhir remaja yang dipukul hingga mati kerana mencuri duit tabung masjid ialah anak bekas ahli parlimen yang dikenali sebagai "Petra".
PETALING JAYA, Dec 6 — Four men who caught a youth stealing from a mosque’s donation box admitted beating him up, police said yesterday.

The youth, 20, died after the assault.

Ampang police chief ACP Amiruddin Jamaluddin said four men — two Malaysians and two foreigners aged between 19 and 39 — admitted using a piece of wood to beat up the youth after he was caught stealing from the donation box on Wednesday.

“The four were detained the same day after police interviewed witnesses and checked closed-circuit television (CCTV) footage.

Shahrizal Petra, the son of a former MP, was handed over to police after he was caught stealing.

Shahrizal, who was badly injured, was admitted to the intensive care unit of Ampang Hospital at 7am but died five hours later.

Amiruddin said a post-mortem found the death was caused by blunt force trauma.

Shahrizal sustained multiple injuries to his head, arms and body and cuts on his hands and head
Mencuri satu jenayah. Dipenjara kerana mencuri pisang dua tandan amat tidak berbaloi. Tidak menyalahkan keputusan makamah, tetapi tuan punya pisang hanya memikirkan hukuman dan menolak tepi asas kemanusian.

SABAK BERNAM – Gara-gara mencuri dua tandan pisang, seorang pekerja kampung dipenjara enam bulan dari tarikh tangkap selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Besar, semalam.

Tertuduh, Fahrul Mustain Alimi, 25, dalam rayuannya memohon supaya mahkamah mengurangkan hukuman memandangkan dia masih muda dan bertanggungjawab menyara ibu bapanya yang uzur di kampung.

“Kalau saya dikenakan hukuman berat, bagaimana dengan nasib ibu bapa saya di kampung?

"Sedangkan selama ini saya yang menjaga mereka dan berharap ada pertimbangan daripada mahkamah sebelum membuat keputusan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munira Mansor meminta mahkamah agar mengenakan hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Majistret Shah Wira Abdul Halim yang mendengar rayuan tertuduh dan pihak pendakwaan kemudiannya sempat menasihati tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan mencuri kerana ia bukan saja berdosa besar, malah menyusahkan orang lain.

“Sudah tahu mencuri itu dosa, kenapa kamu masih lakukan? Saya harap hukuman ini dapat beri pengajaran kepada kamu dan masyarakat di luar sana," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kebun Jalan Hamim, Kampung Tebuk Jawa, Sungai Air Tawar pada kira-kira 12.35 tengah hari, 30 November lalu.

Tertuduh didakwa mencuri dengan niat dua tandan pisang milik Judi Mat Sari sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sekiranya tertuduh didapati melakukan kesalahan kali kedua, dia kemudiannya boleh dikenakan hukuman penjara dan denda atau sebat.

No comments:

Post a Comment