Friday, January 24, 2014

Pemimpin umno lembab macam ayam

Kerajaan umno sekarang dipimpin oleh pemimpin longkang, orang sudah naik ke bulan umno masih terkial-kial macam mengkarung kepanasan. Bukan pembangkang baruakan kerajaan, pemimpin umno membaruakan ahlinya dan pengundinya sendiri.

Pembangkang kata kerajaan bodoh, dan aku kata memang pun
Dikala rakyat sedang bengang dengan kenaikan kos hidup, dalam laporan Mstar kerajaan mahu menghadkan RON95 kepada yang layak. Samada Ku Nan terlalu cerdik atau langsung tidak tahu game politik atau mentalitinya sebaris dengan menteri ayam.

Hari ini kerajaan kurangkan subsidi minyak, keesokannya menteri umumkan moto capcai mungkin dilarang di lebuhraya. Selepas itu, kerajaan akan mengkaji pelupusan kenderaan yang lebih 12 tahun. Tak cukup lagi untuk memperlekehkan rakyat, menteri kata kenderaan persendirian mungkin dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Agak-agak golongan mana yang terkena dengan pertimbangan dasar kerajaan. Sudahlah darah tengah mendidih, boleh pula keluar kenyataan yang tidak masuk akal. Nak kata bodoh marah, tapi memang bodoh pun. Banyak benda boleh diketengahkan, tetapi bab menyusahkan rakyat diketengahkan.

Kalau nak kerjakan politik pembangkang bukan susah mana pun. Tapi sebab barisan MT dan presiden pun kong kali kong, maka tidak hairanlah umno ditolak oleh rakyat. Ada lagi ke politik menjelaskan, orang lain dok hentam, pemimpin umno seperti kucing takut kepada tikus.

Dalam ucapan Mad Hassan, Najib kena tempelak oleh menteri besar itu dikhalayak ramai. Rakyat sibuk tentang kos sara hidup, boleh kerajaan ambik enteng. Bila satu dunia tahu, Najib dikangkungkan, kerajaan baru terhegeh-hegeh memantau harga. Kangkung kat pasar malam tak laku la wei.. adoi..

Ingat zaman sekarang orang boleh dirasuah dengan anak ayam lagi. Adoi.... parah dah umno ni. Itu politik zaman tok nenek aku dulu, boleh la kena temberang dengan anak ayam.
Aku tengok gambar ini, alahai...... ko tu menteri, tak payah nak pamer harga macam kanak-kanak. Kalau pegawai ekau yang buek camtu, ok la. Ko umumkan yola.. Baru la nampak segak skit..

No comments:

Post a Comment