Tuesday, January 14, 2014

PM kangkung wajib berundur

Patutlah ada menteri ayam kalau perdana menteri cakap pun macam PM KANGKUNG. Dalam banyak-banyak contoh, kenapa Najib mengambil contoh kangkung.? Apalah kangkung sangat Najib ni...

Kelmarin Umno menyelesaikan saman terhadap Tian Chua di luar makamah sedangkan semasa krisis Lahad Datu cerita pengkhinatan Tian Chua diletakkan dimuka depan akhbar. Tidak cukup dengan penulisan, ramai yang membuat demontrasi. Kesian pakcik-pakcik, mereka ditipu oleh umno.

Pemimpin Pakatan selalu menang dalam saman mereka sebaliknya para pemimpin umno sering menarik balik saman. Kesian penyokong umno. Pemimpin menjadikan mereka seperti macai.

Kemenangan saman pemimpin pakatan memberi makna yang amat besar. Rakyat secara umumnya percaya akhbar menipu dalam menyampaikan berita. Setakat ini tiada pemimpin besar umno tampil untuk mengemukakan saman terhadap cerita buruk mereka, bukankah itu membuktikan umno itu teruk dan perlu ditukar.

Terbaru, semalam sinar harian melaporkan anak rosmah mengharumkan nama negara.
Filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Raza

Walau artikel ini sudah dipadam oleh sinar harian, kenyataan ini sudah cukup untuk memburukkan nama umno. Jika umno mahu menang pru14, Najib perlu diganti dengan pemimpin yang lebih berkaliber.


Feed penuh dengan cerita kangkung, siapa yang komen atau post cerita kangkung yang mengarut, dia sendiri tidak ubah seperti kangkung. Kalau rasa takde benda nak tulis atau komen, tolonglah jangan memperbodohkan diri sendiri.

Najib perlu belajar dengan Khairy cara untuk berpolitik. Politik Kj amat kemas berbanding dengan Najib. Walau pernah melakukan rasuah dan diberikan amaran oleh lembaga displin parti, Kj sekarang dilabel sebagai pemimpin yang berintrigriti.

Kj juga sengaja melucutkan Tun Faisal sebagai pengerusi media sosial umno. Mereka mahu Najib diserang agar Najib turun lebih cepat. Apa yang Kj buat untuk umno.? Yang dibanggakan hanya satu, job fair. Tiada yang lain.

Apapun, jika Pak Lah turun secara terhormat Najib juga harus turun untuk menyelamatkan parti.

No comments:

Post a Comment