Wednesday, January 22, 2014

Tidak ada kuasa, tetapi pemecatan Azmin kekal?

Pengurusan tidak ada kuasa untuk melantik dan memecat ahli lembaga pengarah kerana ahli lembaga pengarah dilantik oleh 'kerajaan'. Mereka berdua lebih arif batas kuasa yang ada padanya, jadi adalah sesuatu yang mustahil pengurus besar berani menggugurkan Azmin dalam senarai lembaga pengarah PKNS tanpa arahan daripada kerajaan.

Mereka berdua ditukarkan ke pejabat SUK selepas mereka menjelaskan pengguguran Azmin adalah keputusan daripada mesyuarat exco dan bukan daripada pengurusan PKNS.

Terdahulu, Khalid berjanji untuk memberi ruang kepada mereka berdua menjelaskan perkara sebenar namun mesyuarat yang dijadualkan dibatalkan dan mereka diberikan arahan pemindahan. Tindakan Khalid menukarkan mereka adalah tindakan terdesak bagi menutup perseteruan diantara beliau dengan Azmin.
Khalid juga berkata dokumen-dokumen berkaitan kemelut yang melibatkan EXCO kerajaan negeri akan disebarkan kepada media massa petang ini atau esok.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa sebarang surat pengguguran ahli lembaga pengarah hanya boleh ditanda tangani oleh beliau atau pun setiausaha kerajaan negeri.
“Yang berhak pecat adalah menteri besar, jadi kalau exco dah bersetuju. Surat pelantikan dan surat meminta peletakan jawatan mesti ditandatangani oleh Menteri Besar,” kata Khalid.
Beliau berkata Othman dan Norita digantung sementara daripada jawatan masing-masing sehingga siasatan diselesaikan.
Dalam laporan berita Berita Harian, Khalid menjelaskan pengurus besar dan setiausaha kerja PKNS telah ditukarkan ke pejabat SUK dan pemecatan Azmin kekal. Sebelum itu, Khalid menjelaskan orang yang berhak memecat ahli lembaga pengarah ialah Menteri Besar.

Jika kekal sudah pasti arahan tersebut dikeluarkan oleh menteri Besar. Siapa Menteri Besar Selangor.? Khalid atau Othman Omar.?

Jika ia berlaku pada kerajaan BN sudah pasti ia menjadi buah mulut rakyat. Pertelingkahan diantara pemimpin di Selangor sudah sekian lama, tetapi rakyat Selangor secara total masih menyokong mereka. Alasan mereka terus menyokong ialah rezab kerajaan negeri yang semakin banyak, air percuma, skim tawas, khairat kematian dan bantuan seribu ringggit untuk kemasukan universiti.

Aku bukan anak jati Selangor mahupun pengundi disini. Aku hanya mencari rezeki di negeri orang. Jika rakyat Selangor merasakan Pakatan lebih baik daripada umno, itu pilihan mereka. Aku amat menghormati kehendak mereka.

Benarkah anak melayu jati Selangor mahu Pakatan memerintah.? Kebanyakkan daripada mereka bukan berbinkan Selangor.
Ini gerai 'haram' di Teluk Bahang, Pulau Pinang dan semalam ia telah dirobohkan oleh kerajaan Penang. Sudah pasti gerai yang didirkan di pinggir jalan berstatus haram dan perlu dirobohkan. Gerai orang melayu haram tetapi orang cina meniaga sampai menutup jalan dihalalkan.
Mereka boleh berkuasa kerana mereka berdarah cina dan bersatu memperjuangkan bangsa mereka. Kita seagama sebangsa bergaduh kerana berebut kuasa walaupun terpaksa menggadaikan agama.
Bila tiada kuasa ditangan, kerana sesuap nasi sesama kita berpadu lengan.

Simpati tetapi ramai melayu penang yang masih tidak sedar diri.

No comments:

Post a Comment