Tuesday, February 11, 2014

bermulanya krisis air di Selangor

Syabas digesa atasi, air tak cukup boleh cetus pergaduhan

Aku macam tidak percaya Harakah mengeluarkan tajuk artikel seperti ini. Sejak bila Selangor mengalami masalah bekalan air. Bukankah Selangor banyak lombong dimana airnya mampu menampung keperluan air di Selangor.

Teknologi mambran jauh lebih baik daripada projek langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan pusat. Dengan menggunakan teknologi mambran, kerajaan Selangor mampu menjimatkan wang hampir 2 billion.


Kerajaan pusat mahu membina projek langat 2 untuk diberikan kepada kroni umno. Tiada kewajaran mengimport air dari Pahang kerana taburan hujan di Selangor amat tinggi.

Hakikatnya, di negeri lain kerajaan negeri mengeluarkan banyak belanja untuk menguruskan air. Tetapi di Selangor, mereka sengaja membekukan capex untuk memperlihatkan pengurusan kepimpinan yang cekap.

Penyokong pembangkang mengutuk kerajaan umno kerana mereka percaya kerajaan pusat tidak membantu negeri pembangkang. Apabila kerajaan pusat mendedahkan bantuan beratus juta telah disalurkan di parlimen, YB mereka menyatakan ia sudah menjadi tanggungjawab.
Kerajaan negeri Selangor mengumumkan penerimaan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) dari Kerajaan Persekutuan menerusi pihak berkuasa tempatan negeri itu pada tahun ini dianggarkan bernilai RM564.64 juta.
Walaupun banyak bantuan diberikan oleh kerajaan pusat, kebanyakkan jalan di Selangor tidak berubah wajah sejak pakatan memerintah. Kalau ada pun, tidak ubah seperti menampal baju.