Sunday, February 16, 2014

Bible diedarkan kepada murid Islam

Sebab itu kapir-kapir beriya mencetak bible dalam bahasa melayu dan bukan ibunda mereka. Mereka mahu bible disebarkan untuk orang melayu. Kerajan harus tegas dan mengenakan tindakan yang berat kepada mereka yang mencabul perlembagaan negara.

Kalau tanya Dr. Maza tidak salah mereka menggunakan contoh seperti ini. Inilah peluang kita mengajar anak kita memahami pengertian Islam dan agama lain.

Sekarang non muslim semakin berani mempertikaikan kandungan dalam Islam. Satu persatu mereka mahu kerajaan patuh kepada tuntutan mereka. Tidak mustahil satu hari nanti, Islam bukan lagi hak eksklusif bagi negara ini. Segalanya terpulang kepada orang Islam samada kita menentang atau membiarkan mereka terus menerus menjadi beraja di mata bersultan di hati.


GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah. sumber