Tuesday, February 11, 2014

Irfan T-Team pula bersumpah tiada sebarang pergaduhan

Irfan atau Muhammad Irfan Abdul Ghani bersumpah dia tidak nampak sebarang pergaduhan di terowong Stadium Larkin ketika perlawanan antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan T-Team pada 1 Februari lalu.

Muhammad Irfan bersumpah dengan menyentuh al-Quran di Restoran LC di sini, tadi.

Dia melakukannya di depan wartawan serta jurugambar dalam satu sidang media.

Pada masa sama, Muhammad Irfan meletak jawatan sebagai pemain T-Team dengan alasan mahu menjaga ibu dan seorang adiknya yang tidak sihat.

Muhammad Irfan berkata, dia tampil dan sanggup mengangkat sumpah bersaksikan al-Quran dengan rela hati bagi menegakkan kebenaran.

"Dengan ini saya bersumpah semua kenyataan yang dibuat adalah benar," katanya sambil menyentuh al-Quran menggunakan tangan kanannya.

Malam tadi, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyaksikan pemain dan pegawai T-Team bersumpah di depan al-Quran di Kuala Terengganu..


Bersumpah kerana bola belum dibuat dek orang. T-Team satu-satunya pasukan bola sepak di dunia yang melakukan sedemikian. Keindahan bola sepak bukan terletak kepada kemenangan, tetapi ia melalui pelbagai unsur termasuk gossip dan kontroversi.

Aku no komen. Ikut korang laa.....