Sunday, February 9, 2014

Kedah berselawat berjaya, anak syaitan kepanasan

Mahfuz panas punggung bila mana Mukhriz mendapat tempat dikalangan agamawan. Sepatutnya, Mahfuz berbangga seperti aku kerana orang Islam masih dapat bersatu biarpun berbeza pendapat. Janganlah hendaknya kerana politik kita berpecah belah.

Mahfuz semakin gusar melihat kehadiran sebegitu ramai. Semakin ramai maka semakin sempitlah peluang Mahfuz untuk menjadi menteri besar Kedah. Jika itu menjadi kegusaran Mahfuz, jauhkanlah sikap itu. Jangan sesekali memperjudikan perpaduan untuk mencapai cita-cita politik. Bersainglah dengan sihat, siapa yang benar pasti mereka mendapat tempat di hati rakyat.

Mukhriz memimpin barisan ulama ke stadium.

Harapan aku, pemimpin Bn di negeri lain menerapkan elemen Islam dalam kerajaan. Walaupun tidak mampu untuk melaksanakan semua, yang penting langkah permulaan itu. Harapan aku juga, aku tidak mahu program keagamaan seperti ini bertujuan politik. Kalau dalam hati itu, Islam perlu dipelihara, ditegakkan, Allah akan sentiasa disisi kita.

Walaupun program ini cuba disabotaj, Allah akan membantu umatnya untuk kebaikan. Taniah Datuk.!! Sabotaj program: link