Sunday, February 16, 2014

Khalid Samad merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain.


Muzakarah Kalimah Allah dari sudut perundangan diantara YB Khalid Samad dan YB Noh Omar boleh ditonton di link 1 dan  link 2.

Aku hanya membuat kesimpulan apa yang didebatkan Khalid Samad selama ini hanya berdasarkan dari pandangan beliau sendiri tanpa fakta yang jelas. Beliau mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama Pas.


Kalau dia seorang muslim yang bagus, dia tidak akan bersikap seperti orang yang tidak ada ilmu tetapi berlagak pandai. Noh Omar membahasakan dia, kalau tidak pandai jangan berlagak pandai dan panda-pandai@memandai.

Pendapat aku.

Dari sudut syarak agama, sebarang permasalahan perlu dibuat dengan muzakarah dan perlu dibuat secara tertutup bagi mengelakkan kecelaruan.

Seeloknya sebelum dia bertemu dan dimalukan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, beliau selaku Ajk Pas Pusat sepatutnya boleh meminta pencerahan daripada Majlis Syura Pas berkenaan dengan isu ini. Ini kerana keputusan Majlis Syura Pas selari dengan Majlis Fatwa.

Kalau Majlis Syura Pas tidak mengiktiraf beliau tidak ada keperluan Majlis Fatwa melayan orang yang bongkak seperti dia. Orang berdebat perlu membuat homework, kerana ego atau malas beliau langsung tidak membawa sebarang bahan untuk dikongsi bersama.

Kalau dia tidak bersetuju, mengapa umno dipersalahkan sedangkan keputusan adalah nasihat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau majlis ini dibeli oleh umno, Majlis Syura Pas juga dibeli oleh umno ka.?

Berkali-kali beliau dimalukan oleh Noh Omar.

"patutlah tak layak menganggotai majlis syura dan tauliah memberi takzkirah juga tidak disambung."

Aku tidak nampak beliau ada kepakaran dalam undang-undang mahupun dalam agama. Bila aku tengok wikipedia.

Khalid was born in Kota Bharu, Kelantan in 1957.[3]
He graduated with a degree in Fuel and Energy Engineering from Leeds University in 1979 and then worked for Petronas.[3]

Orang seperti ini yang banyak merosakkan Islam. Ilmu tidak seberapa tetapi menjadi jurucakap kepada bidang yang tidak dikuasainya.

Orang terdahulu berjaya kerana bantuan kerajaan. Biasiswa diberi oleh kerajaan, bekerja dengan kerajaan. Ini dasar diskriminasi DEB. Sekarang kerana untuk lebih kaya, mereka mahu menghapuskan dasar yang menjadikan mereka berjaya.

Kalau aku jadi Khalid Samad, aku malu menggunakan peruntukkan zakat untuk membiayai pelajaran anaknya walaupun anaknya layak atas dasar fisabilillah.

Kesimpulannya : Khalid Samad merasakan dirinya lebih pandai dari orang lain.