Monday, February 3, 2014

Laporan Polis pemain import T-Team

Menurut laporan polis oleh pemain import T-Team, tiada insiden 'lelaki' itu menumbuk seperti yang digembar-gemburkan. Tetapi ugutan yang dibuat amat berat dan jika 'lelaki' itu orang kebiasaan ia boleh didakwa dibawah kanun keseksaan.
Aku tetap menganggap alasan yang diberikan oleh T-Team terlalu lemah. Perang mulut adalah kehidupan bola sepak, mohon T-Team usah menjadi budak manja. Aku tidak memihak JDT, tetapi sejak kebelakangan ini JDT seperti sasaran yang perlu dibidik.
Jika FAM sering mengutamakan keselamatan permaianan, dalam hal ini dimana peranan FAM?. Apapun, keputusan siasatan akan diumumkan oleh FAM pada Khamis ini. Semua pihak mengharapkan keputusan yang adil.
Cerita
Beliau menyatakan pada 1/2/2014 jam 9.40 malam bertempat di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin JB, seorang pemain dan pegawai Pasukan T Team telah diserang dimana pemain bernama Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk dimuka oleh Presiden Persatuan Bolasepak Johor.

Seorang lagi jurulatih kecergasan pasukan bernama Stefano Impagliazzo telah disepak dibahagian kemaluannya oleh salah seorang pengiring Presiden Persatuan Bolasepak Johor.

No comments:

Post a Comment