Thursday, February 13, 2014

Mari guru kita berhimpun

Himpun jangan tak himpun. Himpun selagi boleh himpun. Mari guru kita beramai-ramai berhimpun. Kalau guru takut berhimpun, jangan jadi guru.


Semua guru tidak selesa dengan PBS. Semua guru rasa terbeban, guru sudah tidak ada masa lapang, kalau dulu petang-petang guru boleh menebas di belakang rumah, sekarang aktiviti itu sudah tidak boleh.

Dalam senarai kawan Fb ada seorang mahasiswa, hari-hari mengutuk kerajaan. Tiba-tiba dia senyap, seketika wall facebook aku sepi dari rungutan dia. Apabila dia muncul dia sudah menjadi seorang guru.

Aku bukan seorang guru, jadi aku tidak tahu kepahitan kerja seorang guru. Guru juga bukan seorang engineer production, sudah pasti guru naif dengan kepahitan seorang engineer production.?

Aku tidak menyokong PBS, tetapi pensyarah universiti banyak merungut kerana pelajar mereka seperti robot.

Kita tidak boleh samakan pendidikan kita seperti negara barat, tetapi pendidikan mereka terbukti melahirkan manusia yang creative dan innovative.

Title negara maju bukan sekadar USD 15,000 tetapi negara memerlukan rakyat seperti Mark Zuckerberg

Aku bukan guru tapi kenalan aku ramai yang bergelar guru. Aku tahu masalah guru. Kalau guru masuk sektor swasta, ramai guru yang menjadi suri rumah.