Gambar dari ameno.
Pemandangan biasa di KL dan hampir di semua negara mempunyai gelandangan. Mungkin isu gelandangan tidak wujud di Brunei atau UAE. Aku.... aku paling "benci" program bersamamu. Aku tak mampu nak tengok air mata yang basah dan akhirnya kering sendiri. Terfikir, kalau aku tak mampu nak tengok, macam mana mereka meneruskan hidup. Aku orang susah, aku tahu begitu susahnya untuk keluar dari kepompong itu.
Tidak dinafikan masyarakat kita ramai yang prihatin, tetapi lebih ramai orang seperti aku. Hanya simpati tapi tidak menyumbang apa-apa. Cukupkah aku apa yang aku hulur.?
Aku tidak setuju apabila biasiswa diberi kepada mereka yang cemerlang. Biasiswa hanya untuk orang yang miskin agar si miskin membentuk kaya. Zakat juga diberi kepada mereka yang menyambung pelajaran. Fisabilillah dalam pendidikan. Alhamdulillah..... kalau anak orang kaya mendapat tajaan zakat, Alhamdulillah.... Fisabilillah. Kalau jawapan ulama semua fisabilillah, jangan marah kalau mereka orang yang layak mendapat zakat merempat di gereja atau tokong.
Nabi selalu menyuapkan fakir miskin dengan tangannya sendiri tanpa mengira siapa pun mereka. Aku tak marah kalau orang ramai mengherdik sendiket pengemis, tetapi aku tetap terasa melihat pengemis itu kerana mereka juga manusia.
No comments:
Post a Comment