Aku memang bersimpati kepada dia dan memahami perasaan dia. Tetapi memaki tahap melampau adalah amalam syaitan. Bersabar bukan semudah mengungkap perkataan itu, namun kita memang disaran agar memperbanyakkan istighfar.
Aku tahu, tidak semua kakitangan hospital bekerja sambil lewa. Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya antara hospital kerajaan yang memberi layanan agak memuaskan. Tetapi hospital lain, kebanyakkanya tidak memuaskan.
Cubalah tanya isteri, kakak atau kawan yang bersalin di hospital kerajaan. Bisa mulut nurse lebih berbisa dari kesakitan untuk bersalin. Jika ada nurse yang terasa, minta maaf la. Aku bukan nak mengutuk, aku cakap berdasarkan pandangan umum. Ramai juga bini kawan yang berseragam putih.
Menghina menggunakan perkataan yang tidak sewajarnya adalah perbuatan yang tidak beradat. Nanti kalau bini kau bersalin terbiar terkangkang di bilik bersalin, baru ang tau.
Sebab mengapa penswastaan dilaksanakan, ia bertujuan untuk menambah kecekapan. Inilah hakikat yang harus diterima bahawa mutu perkhidmatan awam masih lemah.
Jadi 'kelesuan' layanan di hospital kerajaan bukan la sesuatu yang asing. Semua jabatan kerajaan memang begitu. Kalau ada yang terasa, mungkin anda orang yang cemerlang bekerja. Taniah.
Memang bayaran hospital swasta lebih mahal, tetapi gaji mereka lebih kurang sama dengan penjawat awam. Silap haribulan, mungkin gaji penjawat awam lebih tinggi dari swasta.
Tadi aku ada bersembang dengan kawan. Dia kerja di sektor industri. Cuti 25 hari setahun dan mc 18 hari tidak cukup. Itu belum cuti sabtu yang terkumpul. Aku cuti setahun maksimum 20 hari tambah cuti sabtu jika ada.
Sebelum ini, aku juga menyembang soal kerja dengan dua orang kawan. Kesimpulanya, aku rasa displin aku teruk, rupanya aku lebih baik dari mereka. Patut la rakan sekerja aku... ding don ding dong.... ramai rakyat Malaysia tidak mengambil berat tanggungjawab kerja.
Sebab itu, perakam waktu dikuatkuasakan oleh Tun Mahathir.
No comments:
Post a Comment