Saturday, February 8, 2014
Pkr dilanda ribut Pas pula retak menanti belah.
Kalau ada pemimpin umno yang berkaliber memaksa Najib meletak jawatan, aku sokong. Dibawah pimpinan Najib, umno dalam keadaan aman malangnya kerajaan goyang dan rakyat semakin tertekan. Tadi semasa di mesin atm, lebih dari seorang muka mereka nampak sedih. Dari belakang, aku TERTENGOK berapa baki dia.... ermmm.
Mahfuz tak perlu tengok parti lawan. Tengok sendiri parti sendiri. Kalau Pkr sudah dilanda ribut, sedikit masa lagi Pas juga akan menerima nasib yang sama. Husam tidak akan berdiam diri membiarkan kerajaan Kelantan berjaya. Jika kerajaan Kelantan hura-hara, Husam akan turun sebagai hulubalang.
Sekarang macai Husam sudah bergerak. Tunggu masa Nik Amar untuk dijatuhkan.
Mahfuz menyindir Tun Mahathir kerana Tun cuba membantu politik Mukhriz. Bapa mana yang tidak menolong anaknya berjaya.? Sekurang-kurangnya, Tun membantu Mukhriz semasa Tun di luar kerajaan, pemimpin pakatan parti dijadikan syarikat sendiri.
Pakatan menuduh pemimpin umno mengejar jawatan. Kalau dah berpolitik, masakan tidak mengejar jawatan. Kalau aku jadi Mahfuz, aku patut malu untuk menyindir Mukhriz. Dia sendiri kalah untuk mengekalkan jawatan.
Dulu ketua penerangan Pas, Idris si bebal. Aku tak pernah baca pendapat Idris Ahmad membina. Dulu mengutuk kerajaan Ali Rustam membina rumah anak terbuang, sekarang langkah tersebut dibuat di Selangor dan dipuji.
Tak caya : Blogger pakatan pun cemas melihat senario di Kelantan. link