Monday, May 5, 2014

Ramai orang melayu pandai meniaga.. tetapi..

Ramai yang mengenali beliau, Saiful Nang.



Bermaanfat apa yang Saiful Nang kongsikan. Seorang yang dilahirkan sebagai peniaga, batu akan menjadi duit. Aku ingin sekali tergolong dalam spesis ini.

Aku tertarik satu perkara dia bangkitkan, wakaf dan modal.

Masyarakat kita lebih rela makan satu kek penuh 500g  daripada makan kek sepotong yang beratnya lebih daripada 3kg.

Orang melayu boleh berniaga tetapi modal awal menjadi masalah besar kepada mereka. Disamping itu, mereka (orang melayu) tidak mempunyai pengalaman dan latihan yang secukupnya untuk lebih yakin untuk berniaga.

Percaya atau tidak sebenarnya orang melayu tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan modal. Sikap tamak yang menebal pada orang melayu amat merugikan kepada mereka yang berbakat dalam perniagaan.

Aku sudah 2 bulan mencuba meniaga online. Alhamdulillah, sahabat aku banyak membantu. Aku tanam modal disamping membuat empayar sendiri.

Untung tak banyak, tapi dengan untung seringgit aku boleh mendapat 1K sebulan.


Modal orang cina.

Pada awalnya mereka juga tidak mempunyai modal. Mereka kumpul duit adik beradik. Ada yang tanam modal dan ada juga yang membantu perniagaan. Mereka menipu dalam meniaga tetapi tidak menipu keuntungan kepada adik beradik.

Ini asas modal perkongsian tetapi dalam konteks perniagaan besar dipanggil konsortium.

Orang melayu tamak mengagihkan keuntungan sedangkan dalam Islam pengagihan keuntungan amat dituntut. Sebab itu zakat amat dituntut dalam keuntungan termasuk pendapatan gaji kita.

Orang yang menerima zakat tetapi tidak layak pada zahirnya adalah orang yang dalam kegelapan.

Pemikiran orang melayu amat sensetif sehinggakan jika kita berkongsi, kita akan rugi. RM100 yang dia dapat mereka merasakan tidak patut dikongsi sedangkan google, facebook, TNB, Felda saham pegangan mereka diapungkan.

Zuckerberg kehilangan facebook atau dia lebih rugi setelah facebook diapungkan.?

Perkongsian perniagaan akan banyak membawa masalah. Itu fakta. Tetapi jika orang Islam berpegang kepada prinsip kejujuran yang syariatkan, sebenarnya permasalahan perkongsian amat tipis.

Kita kena mendalami ilmu perkongsian perniagaan. Bidang aku teknikal tetapi aku tahu debit kredit dalam akaun. Oleh sebab itu apabila sahabat aku memberi tawaran untuk berkongsi, aku agak keberatan.


Sikap orang kita...

Dulu ada bos orang cina sanggup melepak bersembang dengan aku. Dia mahu menjalin hubungan walau aku tidak pernah menjanjikan sebarang sebutharga. Walau duit dia berjuta dalam bank, dia amat tekun mencari peluang perniagaan.

Pengalaman aku, ada syarikat melayu disaran mendaftar. Malangnya pelbagai alasan diberikan. Sibuk, untung sikit tak nak. Itu aku tak mintak komisyen, aku cuma mahu membantu orang melayu.

Ramai orang melayu berkerjaya kontraktor, walau mereka kaya tetapi kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai kereta sorong. Alibaba.com

No comments:

Post a Comment