Najib memberikan komitmen harga makanan tidak dikenakan gst. "saya beli tepung saya dikenakan cukai". Tepung tidak dalam senarai gst tetapi tidak semestinya harga tepung tidak naik.
Ayam tidak dikenakan gst tetapi kfc dikenakan gst kerana kfc adalah sebuah perniagaan. Tepung diangkut oleh lori (syarikat pengangkutan). Syarikat melebihi 500K setahun akan dikenakan cukai. Oleh sebab itu kemungkinan harga tepung akan naik.
Tetapi secara keseluruhan inflasi akan naik dan sedikit membebankan kepada rakyat. Tetapi untuk jangka panjang, mereka berpendapatan rendah akan mengaut keuntungan jika pihak kerajaan menguruskan kewangan dengan baik.
Kita tidak boleh menolak pembangunan walaupun tanah kita tergadai. Jika dibelakang rumah kepala sawit mungkin tahun depan akan berubah wajah menjadi sebuah bandar.
Di mana kebun sawit kita.?
Satu ketika dulu, Putrajaya merupakan ladang kelapa sawit. Pembangunan pesat dibawah Tun, kebun dan kawasan sekitar putrajaya berubah menjadi bandar satelit.
Suka atau tidak dalam dunia tidak ada yang kekal. Sampai bila kita harus sayang kebun sawit diwaktu masa bergerak dengan pantas.
Berpijaklah kepada realiti dimana setiap apa yang berlaku perlu ada pengorbanan. Duit bukan segala-galanya tetapi tanpa duit dalam saku, kepala kita sakit seperti dihempap batu.
No comments:
Post a Comment