Begitu juga dengan nasib sepasang pengantin baru yang bercuti bulan madu di Netherlands memilih penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sehari lebih awal.
Simone La Posta dan suaminya, Juan Jovel tiba di Adelaide pada pagi Jumaat dan menerima berita kematian semua penumpang dan anak kapal pesawat penerbangan yang mereka batalkan tempahannya itu.
"Kami terbang ke KL (Kuala Lumpur) dari Amsterdam dengan penerbangan MH17 sehari sebelumnya," kata wanita itu di Adelaide seperti dipetik oleh ABC News.
"Kami asalnya menempah penerbangan itu tetapi kemudian menukarnya kerana takut terlalu penat untuk bekerja pada Isnin."
Mereka bagaimanapun diletakkan dalam senarai menunggu kerana penerbangan sehari awal itu telah penuh ditempah dan hanya pada saat akhir mereka dapat menukar penerbangan yang lebih awal.
"Ini seperti mimpi dan nyata apabila memikirkan kalau sehari kemudian, saya tidak akan berdiri di sini," katanya.
Ketentuan Ilahi.
Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan. Tetapi kali ini kepulangannya dari Belanda ke tanah air bertukar tragedi apabila dia berada dalam pesawat MH17.
Sbuah keluarga di Queensland yang kehilangan anak lelaki dan menantu dalam tragedi Penerbangan MH370 pada Mac lepas, hari ini meratapi kehilangan dua lagi anggota keluarga yang disahkan menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.
Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.
Hari ini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia semalam.
Sebahagian 15 orang krew pesawat MH17.
No comments:
Post a Comment